cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Jun-2007 06:20 Email | Share | Bookmark
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI




Ayam Masak Lemak Cili Padi

BAHAN:

Seekor ayam dipotong 12
Asam keping
Santan (1 tin santan kita campurkan dgn air sedikit krn kita nak kurangkan lemak)
Serai – dititik
Daun kunyit

Bahan kisar :
Cili padi
Cili merah
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Buah keras


CARA:

1.Tumis bahan yg dikisar dlm myk sampai naik bau
2. Masukkan serai yg sudah di titik.
3. Masukkan ayam dan daun kunyit.
4. Biarkan mendidih dan masukkan santan dan asam keping.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa
6. Masaklah sehingga mendidih atas api yg sederhana besar


Semlm terbaca nie .......

Quote:
SOALAN:
ADA orang menjadikan sindiran sebagai cara memberitahu sesuatu perkara yang tidak berkenan di hatinya.
Walaupun niatnya adalah menegur untuk kebaikan, cara digunakan itu biasanya menyebabkan orang disindir berasa malu dan sakit hati.

Ini yang berlaku kepada seorang teman sepejabat yang mengendalikan buletin syarikat.

Ruangan pandangan yang sepatutnya menjadi ruangan mengusik rakan sekerja menjadi medan untuknya menyindir sesiapa saja yang tidak berkenan di hatinya.

Keadaan ini menyebabkan ramai menyampah dan cuba menghindarkan diri daripada bertegur sapa dengan si penulis.

Malah, sindirannya juga kadangkala menjadi bahan ketawa di kalangan kawan. Saya tidak faham bagaimana orang yang dilihat tidak pernah meninggalkan sembahyang dan bertudung litup menggunakan kaedah begitu untuk menegur orang lain.

Saya tidak tahu sama ada dia benar-benar berniat baik atau ketandusan idea, tetapi caranya memang memalukan orang lain.

Tidakkah teguran yang memalukan atau menyakitkan hati orang lain dilarang dalam agama? Boleh Datuk berikan penjelasan bagaimana cara terbaik untuk menegur atau menyedarkan orang yang suka menyindir?

PEMERHATI
Kuala Lumpur

JAWAPAN:

Islam mempertanggungjawabkan kita semua untuk menegur ke arah kebaikan dan mencegah perkara kemungkaran. Inilah teras kecemerlangan umat. Jika masing-masing berdiam diri melihat perbuatan mungkar, di sinilah bermula kejatuhan umat.

Menegur perlu dengan hikmah supaya orang ditegur tidak terasa dimalukan atau diaibkan. Tujuan menegur bukan untuk dimalukan tetapi untuk membetulkan yang salah, jadi tidak perlu memalukan.

Dalam hal ini Islam memberi beberapa pilihan, ada ketikanya kita perlu menegur dengan tangan dan mulut dan ada ketika tertentu dengan hati. Budi bicara dan hikmah bijaksana perlu menjadi petunjuk supaya niat asal menegur tidak lari.

Orang yang bersolat dan bertudung bukan petanda dia sempurna dalam semua keadaan. Dia juga lemah dan perlu ditegur jika bersalah, bahkan jangan dia menjadi fitnah kepada agamanya dengan perlakuan tidak bijak.

Sepatutnya dengan penampilan yang melambangkan imej agama, dia lebih lagi perlu menjaga akhlaknya supaya tidak menjejaskan nama baik agama.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net