cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Jun-2007 22:00 Email | Share | Bookmark
NASI LEMAK




Nasi Lemak

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk nasi lemak:
4 cawan Beras
2 helai daun pandan
santan pekat
air ,garam

Bahan untuk sambal tumis ikan bilis
Bahan A:
1 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
cili kering

Bahan B:
ikan bilis (goreng)
sedikit ikan bilis tumbuk /pati serbuk ikan bilis
bawang besar (mayang)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit air

Cara:

Untuk membuat nasi lemak. Cuci bersih beras dan seeloknya direndam selama 30minit-1 jam sebelum dimasak untuk menjamin keempukan nasi. Kemudian campurkan semua bahan untuk mambuat nasi lemak dan tanak nasi seperti biasa.

Untuk membuat sambal tumis ikan bilis. Tumis semua bahan A kedalam minyak masak. Setelah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa. Kemudian masukkan sedikit ikan bilis goreng yang telah ditumbuk dan juga bawang besar yang sudah dimayang berserta garam dan gula secukup rasa.Apabila bahan semua sudah masak, akhir sekali masukkan ikan bilis goreng.

Boleh dihidangkan bersama telur rebus,timun,kacang goreng dan kangkung rebus.

AROUND MY APARTMENT........







Quote:
Petua Merangsang Anak agar mendengar cakap ibu bapa

Sumber ; dato’Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah.
Kursus Bina Insan (majalah Anis)

1.elakkan daripada berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.
2.tarik perhatian anak terlebih dahulu sbelum menyatakan sesuatu kepada anak.
3.rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yg sesuai akan dpt merangsang indakan.
4.ulang perkara atau perkataan yg penting beberapa kali agar jelas dan nampak peri mustahaknya.
5.jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dankenapa ia perlu dilakukan.
6.jangan menggunakan perkataan “orang pertama’- kamu, anda, awak. Ini akan merangsang bantahan atau naluri melawan. Gunakan bahasa orang kedua.
Contoh :
-“abah harap kamu mandi sebelum maghrib”.
-“abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan”.
7.beri anak-anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan membuat mereka terasa dihormati dan berkebolehan.
8.minta cadangan dari anak untuk menyelesaikan masalah mereka.
Contoh:
a.anak minta belikan lampu picit untuk membolehkan dia tidur sendiri di bilik.
b.Anak mencadangkan ayahnya membeli bakul untuk baju bagi mengelakkan pakaian kotor berselerak.
9.beri maklumat yang lengkap sebelum sesuatu perkara berlaku.
Contoh:
Bapa: nenek tu tak suka bising-bising, jadi apa yang patut kamu buat bila nenek tidur kat rumah kita esok?
Anak: oklah saya tak buka radio kuat-kuat seperti biasa.
10.gunakan fantasi untuk memberi kesedaran kepada anak.
Contoh:
Anak: abah…naik teksi bah. Tak bestlah naik bas.
Bapa : ehh..kalau abah jutawan, jangankan teksi, abah belikan kamu helicopter untuk pergi dan balik dari sekolah1
11.Gunakan humor untuk mengelakkan pertengkaran atau kenang semula cerita lama yang lucu untuk meredakan suasana yang tegang.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net