cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Jun-2007 22:11 Email | Share | Bookmark
IKAN SARDIN JE..........




Kita masak simple je hari nie krn tak ada mood lah hari nie...nasib baik papa pun tak ada dirumah for the day .Tengku Puan Pahang,Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar came to Finland for Associated Country Women of the World 25th Trennial Conference . The conference will be held in Turku,147km from Helsinki,Finland.



Cerita hari nie............HAL BUDAK-BUDAK

Pagi2 dah kita terima telefon dari mak budak sekolah zahir...berdebar jugak jantung...apa lah zahir dah buat dgn budak nie sampai mak dia call kita?????
Nama budak Victor,org Finland...Masalahnya si mak Victor nie tak nak si Zahir call di rumah dia or bercakap dgn anak dia krn maknya kata nak privacy padahal anak dia tu dah 2 kali call si zahir.Dan sampai ugut kita, lagi nak panggil polis dan maknya tak puas hati krn Victor tak beritahu apa2 dgn maknya ...Eishhhhhhh!!!!!! kurang ajar punya mat salleh!!!!!Mmg kita bengang jugak dan marah tp nasib baik angin kita masih bagus lagi dan tahap kesabaran tu masih ada lagi..if not lama dah dia nie dah kena maki

Kadang2 terasa jugak hati nie....org Finnish nie terlalu prejudis sgt dgn org Asia nie.mcm lah kita nie penyamun ke apa????....yalah sampai si Mak Victor tu siap tanya kita, U nie dari ng mana? Alahai...apa dia fikir kita minta sedekah ke kat ng diaorg nie????
kesnya sebenarnya main game online lah...ada 3 org..ada seorg lagi budak USA tp tak jugak mak Victor nie marah pulak.....

If boleh hal budak2 nie kita tak suka sgt nak masuk campur krn bukannya anak saya memeras ugut budak2 kat sekolah...nazubillah.....setakat main2 game tu,perkara kecil je...Mak Victor nie "drama queen" ....yg paling tak suka bila diaorg nie memperkecilkan kita nie.....

Renungan utk hari nie...

Quote:
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN

Mendidik anak2 adalah tugas yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Ia tanggungjawab yang besar. Sekiranya kita ada menyimpan keinginan untuk berjaya dalam mendidik anak2 maka kita perlu bersedia dan bertindak bijak - parents yang proactive bukan reactive. Boleh bezakan ke tidak dua perkataan ni? Kita perlu memiliki skim yang canggih, perancangan yang teratur dan latihan yang cukup. Inilah dia parents yang proactive. Sebaliknya parents yang reactive, hanya akan bertindak secara spontan tanpa persediaan, tanpa perancangan. bayangkan mana lebih baik....So dalam mendidik anak2 pun kena ada SKIM

S - sikap. Sikap yang bagaimana perlu ada pada ibubapa? Semua sikap yang positif. Contohnya macam memberi makanan yang halal dan baik kepada anak2. Itu sikap prihatin dan berhati-hati. Berhati-hati dalam memilih makanan agar makanan itu dari sumber yang halal dan berkat lagi baik kerana makanan diperlukan bagi tumbesaran anak2, yang menjadi darah daging anak2 kita. Sikap bersabar dan tidak mudah melenting bila anak2 buat kerenah, sikap suka mendengar dan lain2. Pendek kata semua sikap yang positif perlu ada pada ibubapa...Pamerkan sikap2 yang positif ini di hadapan anak2 agar ia boleh menjadi contoh dan ikutan. Pendidikan melalui contoh dan teladan...

K - kemahiran. Nak mendidik anak pun kena ada kemahiran. Dari mana datangnya kemahiran kalau tak ada ilmu dan latihan. So maksudnya kena cari ilmu tentang pendidikan anak2, ilmu tentang child development dan ilmu tentang parenting. Macammana ibubapa nak menangani anak2 jika dia tidak arif tentang perkembangan mereka. Macam contoh remaja, ibubapa kena memahami perkembangan remaja dari segi emosi and so on. Kalau tak ada ilmu tentang perkembangan remaja,susah kut nak menangani masalah mereka. Ibubapa kena lengkapkan diri dengan beberapa kemahiran spt. kemahiran memahami kelakuan(behaviour) anak2, kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran dalam membuat tindakan dan sebagainya...

I - imej kendiri. Pernah tak kita membuat penilaian terhadap diri sendiri? Apabila kita menilai diri , secara tak langsung kita mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri. Tanggapan inilah yang dikatakan imej kendiri. Imej kendiri ini akan mempengaruhi tindakan yang kita ambil. Ibubapa perlu memiliki imej kendiri yang cemerlang untuk menjadi ibubapa yang cemerlang. Kalau asyik2 ibubapa anggap diri dia "I'm not a good mother/father", tindakan yang diambil pun negative dan hasilnya pun nanti jadi negative..

M - motivasi. Kita mempunyai niat dan dengan niat itu mendorong kita beraksi/bertindak. Sebagai ibubapa, kita perlu memiliki hasrat untuk menjadi ibubapa yang mampu melaksanakan tanggungjawab dalam pendidikan anak2. Hasrat ini akan mendorong dan memberi semangat pada kita untuk berusaha. Hasrat ini yang akan membantu kita mengharungi kerenah dan cabaran keibubapaan. Motivasi sebenar datang dari dalam diri kita sendiri. Faktor luaran hanyalah membantu.

Tamatlah sudah cerita tentang SKIM ni... Ibubapa perlu ada ini untuk menghadapi kerenah anak2. Macam2 kerenah dia orang buat.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net