cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-May-2007 21:26 Email | Share | Bookmark
KARI DAGING

Pagi nie sepatutnya kita gi picnic ke Soumenlinna Island bersama anak2 ikut rombongan sekolah tp malangnya kena cancel krn si era panas badan dari semlm lagi...kasihan dia...maybe dia terlalu seronok sgt nak keluar dr rumah....jawabnyatak gi mana2...jaga si era yg merengik sepanjang hari..nasib baik papa cuti kerja hari nie so dialah menolong didapur...thanks papa.... Pagi tadi nie pun papa gi sekolah jugak krn ada program muzik utk kelas my son.Nie gmbr zahir tgh main piano tp tak pro lagi,mesti kena belajar byk2 lagi,kata papa.



Dan nie kari daging versi papa....kali nie kita tanya jugak apa yg dia bubuh dlm kari daging nie,al maklum dia masak pun main campak2 je ikut selera dia...



Kari Daging Papa

Bahan-Bahan:
1 kg daging
400 ml santan
Air asam jawa
3 biji kentang
Minyak utk menumis
1 sd besar serbuk kari Babas
1 sd besar serbuk gulai
1 sd besar sos tomato

Bahan penumis:
1 labu bawang besar(dihiris)
kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
Daun kari

Bahan kisar:
2-3 sd besar cili giling
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia


Cara:
1.Cuci daging dan toskan.
2. Bahan kisar dicampur dgn serbuk kari dan gulai sehingga menjadi paste.
3.Tumis bawang besar, apabila kuning masukkan rempah penumis, daun kari, rempah yang digaul tadi dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5.Masukkan daging dan kacau sehingga mesra, masukkan air asam jawa dan santan. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula.
6. Masukkan ubi kentang,tutup periuk dan masak sehingga daging lembut.
7.Apabila daging empuk, masukkan cili hijau yg dibelah 2 jika suka. Kacau dan kecilkan api renih sehingga masak dan pekat.

Guidelines for me.....

Quote:
Antara cara perlu dilakukan ibu bapa dalam mendidik remaja ialah:

# Mendalami ilmu agama dengan pelbagai cara sama ada diajar oleh orang tua sendiri ataupun orang lain seperti guru agama supaya mereka sentiasa cenderung melakukan ibadat. Ini kerana ibadat yang diajarkan Islam mengandungi daya dan wasilah untuk mengasuh serta mendidik lahir batin manusia menjadi manusia yang sebenarnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucu mereka dengan cara beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun daripada pahala amalan mereka. Tiap-tiap seorang bergantung pada amalan yang ia telah kerjakan.” (Surah al-Thur, ayat 21)

# Ibu bapa mesti mendidik remaja dengan cara lemah lembut dan pandai mengambil hati anak dalam memberi tunjuk ajar atau teguran supaya jiwa mereka tidak mudah tersentuh.

Ini kerana pada peringkat jiwa mereka mudah tersentuh dan memberontak jika terdapat sesuatu perkara yang bertentangan dengan jiwa mereka. Anak tidak boleh dimarahi atau ditengking dengan cara negatif. Kebebasan wajar diberikan kepada anak remaja dalam melakukan sesuatu perkara selagi ia tidak bertentangan ajaran Islam.

# Ibu bapa hendaklah mengawasi pergaulan anak kerana pergaulan banyak mempengaruhi sifat anak terutama ketika mereka meniti usia remaja.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim perlu dihalang bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini. Pengawasan dan kawalan ibu bapa patut diperketatkan supaya anak remaja melalui kehidupan mengikut batas ditetapkan.

Remaja adalah golongan paling mudah digoda syaitan. Umpamanya dalam pergaulan membabitkan percampuran lelaki dan perempuan, syaitan akan menyelinap dan menggoda supaya melakukan perbuatan sumbang seperti bercumbu-cumbuan, asyik dalam percintaan, khalwat, rogol dan zina.

# Ibu bapa hendaklah menanamkan sifat cintakan Allah kepada anak remaja. Melalui nasihat ini juga diharapkan remaja dapat melakukan sesuatu yang baik yang dikehendaki Allah, menjauhkan diri daripada semua perbuatan keji kerana tahu dan yakin Allah sentiasa melihat perbuatannya.

# Ibu bapa harus menunjukkan kasih sayang kepada mereka dan bersikap diplomasi mengendalikan sebarang masalah. Pendapat dan pandangan anak di peringkat ini perlu dihormati dan dipertimbangkan.

# Usahakan supaya mereka mempunyai kegiatan berfaedah seperti mengikuti kursus ilmu pengetahuan, membabitkan diri dalam olahraga dan jangan izinkan mereka keluar malam tanpa sebarang sebab.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net