cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-May-2007 04:31 Email | Share | Bookmark
IKAN BAKAR PORTUGIS (CHEF WAN)



Bahan-bahan:

60ml minyak masak
air perahan drpd setgh biji limau nipis
setgh sudu besar kicap pekat
gram,gula
1 ekor ikan bawal (600 gm),dibersihkan- kita pakai salmon je
daun pisang

Bahan kisar halus:

4 tangkai cili kering
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah,kita tambah 2 bawang putih
1 batang serai
1 sudu besar serbuk cili
2 helai daun limau purut

Cara:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.Tambah air limau nipis,kicap,garam dan gula.
2.Lumurkan seluruh ikan dgn sambal yg dimasak dan bungkus ikan dgn sekeping daun pisang.
3. Bakar di dalam ketuhar yg sudah dipanaskan pada 180c selama 20 minit.


Quote:
Konsep imam solat asas rujukan pentadbiran

KEPEMIMPINAN dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam adalah berlandaskan konsep al-Imamah yang bermaksud menghayati kepemimpinan imam dalam solat berjemaah.

Pelantikan seorang imam solat tidak boleh diambil secara mudah, bahkan ia mesti menepati beberapa syarat seperti berilmu, baik bacaan, tidak fasik serta disukai makmum.

Setiap pergerakan imam mesti dipatuhi dan diikuti makmum. Jika pergerakan makmum mendahului imam, maka tidak dikira pahala berjemaah.

Namun begitu, jika imam ada melakukan kesilapan sewaktu mengetuai solat jemaah seperti terlebih atau tertinggal rakaat solat, makmum boleh menegur kesalahan imam dengan kaedah bacaan subhanallah.

Jika imam masih melakukan kesalahan selepas ditegur dengan bacaan subhanallah, maka di ketika itu barulah makmum boleh berniat mufaraqah iaitu niat tidak mengikut imam kerana kesilapan yang dilakukan.

Makmum tidak dibenarkan terus bermufaraqah sebelum dibetulkan melalui isyarat bacaan subhanallah.

Ini peraturan yang diajar syariat Islam berkaitan kepemimpinan dalam solat, maka dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, konsep itu juga menjadi rujukan dan panduan.
Ketaatan seorang pengikut kepada pemimpin atau seorang pekerja kepada majikan bukan mutlak, namun perlu melihat beberapa etika seperti mana digariskan secara dasarnya oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Jika pemimpin tersalah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ketua dengan kesalahan yang bercanggah syariat Islam, terutama ketika dalam memberi sesuatu arahan, maka pengikut hendaklah dengan penuh diplomasi menegur kesalahan pemimpin dan memperbetulkan supaya arahan tidak dipatuhi secara membuta tuli.

Apabila selepas teguran dilakukan, pemimpin atau ketua masih dengan keangkuhannya, maka di situ tiada lagi ketaatan patut diberikan.


Sebagai asas perbincangan, asal ketaatan kepada kepemimpinan adalah wajib. Ini berpandukan kepada firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu.” (Surah al-Nisaa’, ayat 59)

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, maka sesungguhnya dia telah menderhakai Allah, dan sesiapa yang mentaati pemimpin-pemimpinku, maka dia sesungguhnya mentaatiku, dan sesiapa yang menderhakai perintah pemimpin-pemimpinku, maka sesungguhnya dia telah menderhakaiku.” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Hendaklah kamu dengar dan taat kepada perintah pemimpin walaupun ianya adalah seorang hamba habsyi (dari Habsyah) yang hitam rambutnya (berwajah hitam).” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)

Doktor Wahbah al-Zuhayli dalam tafsirnya menyatakan sebahagian ahli tafsir berpendapat, ulil amri ialah pemerintah dan beliau juga menyebut sebahagian yang lain menjelaskan ulil amri ialah ulama yang menerangkan hukum syarak kepada masyarakat.

Lantas Ibn al-Arabi mengambil pendapat bahawa ulil amri adalah kedua-dua golongan itu yang wajib ditaati apabila mereka mengeluarkan sesuatu perintah.

Namun begitu, seperti mana yang dijelaskan bahawa ketaatan kepada golongan pemerintah bukan mutlak.

Dengan sebab itu, Imam Fakr al-Razi menyebut jika berlaku percanggahan pendapat antara individu atau golongan yang dipimpin dengan pendapat pemerintah, pentadbir mahupun ulama, perkara itu perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Hendaklah diambil mana yang bertepatan dengan kehendak sumber wahyu itu. Jika pertelingkahan itu bercanggah dengan ketetapan pedoman wahyu al-Quran dan al-Sunnah, maka suruhan dan arahan ulil amri tidak wajib dipatuhi.

Ini bertepatan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mendengar dan taat seorang Muslim (kepada pemerintahnya) adalah wajib sama ada ia suka ataupun tidak selagi mana ia tidak disuruh melakukan perkara maksiat.

Apabila diperintah melakukan sesuatu perkara ada unsur kemaksiatan, maka tiada lagi istilah dengar mahupun taat.” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)

Perkara ini diperkuatkan melalui hadis daripada Ubadah bin al-Samit yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan kepada perintah orang yang tidak taat kepada Allah.” (Sahih al-Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)

Pernyataan ini adalah asas panduan dalam memberi ketaatan kepada pemimpin yang dilantik menguruskan perihal manusia. Sehubungan itu, ketaatan secara membuta tuli adalah dilarang.

Mengikut laporan akhbar dan media massa, terdapat pengikut organisasi, kumpulan, parti politik, jabatan kerajaan mahupun swasta, sanggup melakukan apa saja arahan daripada pemimpin mereka sehingga sanggup melakukan pertumpahan darah, penyelewengan akidah dan pelbagai bentuk kezaliman lain.

Begitu juga dengan peningkatan kes rasuah kerana terlalu mentaati pemimpin tanpa melihat suruhan itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Sejarah Islam mencatatkan Rasulullah SAW dalam banyak keadaan sering melakukan perbincangan bersama sahabat sebelum membuat keputusan kerana Baginda tidak mahu dilihat sebagai pemegang kuasa veto yang setiap arahan wajib dipatuhi sama ada dipersetujui sahabat lain atau sebaliknya.

Walaupun Baginda seorang pemimpin negara tetapi dalam membuat keputusan, konsep syura diutamakan supaya ketaatan yang diberikan sahabat ada alasan dan hujah bersesuaian.

Contoh, cara menetapkan kaedah menyeru orang Islam menunaikan solat melalui laungan azan, pelaksanaan cadangan Salman al-Farisi supaya digali parit dalam Perang Khandak, pembebasan tawanan perang Badar dan bermacam lagi keputusan yang diputuskan Baginda berdasarkan semangat perbincangan dan bukannya keputusan mutlak.

Begitu juga amalan Khulafa al-Rasyidin, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, mengambil keputusan untuk mengarahkan supaya al-Quran dibukukan menjadi satu mashaf setelah cadangan dan alasan dikemukakan oleh Saidina Omar al-Khattab.

Saidina Umar al-Khattab sendiri pernah ditegur rakyat kerana keputusannya mengarahkan mahar kaum wanita dihadkan jumlahnya.

Malah, pernah beliau diajukan pedang oleh rakyat pimpinannya untuk diperbaiki kesalahan yang mungkin akan dilakukan olehnya sewaktu menjadi khalifah.

Ini membawa maksud khalifah sendiri tidak meminta mereka ditaati secara melampau kerana ia mengundang pelbagai permasalahan yang timbul baik kepada pemimpin mahupun pengikut.

Seharusnya amalan ini dijadikan contoh dalam mewujudkan suasana kepemimpinan yang telus dan mempunyai integriti bertepatan tuntutan syariat Islam.

Melihat kepada beban amanah kepemimpinan, Rasulullah SAW melarang umat Islam meminta-minta jawatan kerana ia akan disoal dan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak.

Dalam hal ini, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kalangan kamu adalah pengembala dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas gembalaan kamu.” (Sahih al-Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)

Justeru, kepemimpinan hanya selayaknya diberikan kepada mereka yang betul berkemampuan memikul amanah berat ini. Jawatan yang disandang bukanlah tiket untuk mendapat kemasyhuran dan menunjukkan kuasa, tetapi ia tugas yang memerlukan kekuatan fizikal, mental serta diperkuatkan dengan unsur kerohanian.

Tetapi apabila seseorang diberi amanah, hendaklah menjalankannya dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab supaya di hari akhirat kelak, pemimpin tidak dipersalahkan oleh pengikut kerana penyalahgunaan kuasa, khianat, rasuah dan sebagainya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net