cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-May-2007 23:21 Email | Share | Bookmark
KERABU PEGAGA DAN LIDAH LEMBU MASAK MERAH

Pagi tadi kita keluar ke Kedai Asia...pemilik kedai nie org Msia tp kebanyakkan brg di jual dimport dari Thailand. Dan sempat jugak singgah open market dan tak lupa snap2 gmbr..

INI PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN NAK KE KEDAI ASIA




BELI TOMATO DAN PEGAGA ..........



BALIK KITA BUAT KERABU PEGAGA DAN TOMATO
resepi asal kita tgk dlm mamazieza fotopages (kerabu tomato dan ikan bilis) tp resepi nie kita ubah ikut selera kita...jgn marah mama....



KERABU PEGAGA DAN TOMATO

Ikan bilis goreng segenggam
pucuk pegaga di hiris
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi
sedikit belacan
bawang besar dihiris
sedikit daun ketumbar dihiris
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk ikan bilis ,tumbuk jugak cili padi dan belacan dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris. Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau.




LIDAH LEMBU MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 lidah lembu-direbus sampai lembut ,dibuang kulit dan dihiris nipis

Bahan
2 sudu makan cili paste
1 cm halia-tumbuk
1 ulas bawang putih-tumbuk
1 labu bawang besar-tumbuk
2 sudu makan tomato sos
1 biji cili hijau-dihiris
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing.Masukkan cili paste dan sos tomato.
2. Setelah itu masukkan lidah lembu, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Masukkan cili hijau dan gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
5. Jika suka boleh ditabur dgn daun bawang atau daun ketumbar.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net