cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-May-2007 19:10 Email | Share | Bookmark
NASI AYAM SDN BHD

Sebenarnya resepi nasi ayam nie kita dapat dr kawan di Stockholm,Kak Anum dan kita ubah2lah sedikit ikut citarasa sendiri. By the way,terima kasih byk2 kpd Kak Anum krn sudi berkongsi resepi dgn kita..Gmbr di bawah gmbr lama krn kita tak ade mood nak pegang camera hari nie...dtg penyakit M.A.L.A.S.....



Nasi Ayam Sdn Bhd

Bahan-Bahan:

Bahan utk Nasi:-
4 cawan beras @ mengikut sukatan sendiri
1 helai daun pandan (disimpul)
Air sup utk masakkan nasi

Bahan utk Sos Cili:-
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
secubit garam

Bahan utk Sup & Ayam:-
1 ekor ayam ( dipotong 4 bahagian)
1 kiub pati ayam
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
Air mengikut separuh saiz periuk anda

Bahan A: Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari dewasa

Bahan B:- Utk perapkan ayam
Bawang putih
Sos tiram
Lada putih
Kicap manis/kicap cair
Sedikit garam

Cara: Cara membuat Sup & Ayam:-

1. Tumis bahan A bersama bunga lawang,cengkih,kayu manis dan buah pelaga sehingga naik baunya. kemudian masukkan air mengikut separuh saiz periuk anda.
2. Masukkan kiub pati ayam apabila hampir mendidih masukkan ayam dan rebuslah selama 1/2 jam.
3.Selepas itu angkat dan toskan ayam. Air selebihnya jgn di buang.
4.Gaulkan bahan B pada ayam tadi gaul sehingga sebati dan perapkan selama 2 jam. Kemudian goreng dengan api yg perlahan supaya tidak hangus.
5.Lebihan air rebusan tadi di buat sup. Tambahkan sedikit air jika perlu . Masukkan serbuk perasa dan sedikit garam. Jika suka bolehlah masukkan ubi kentang dan carrot ke dlm sup tadi.Semasa menghidangkannya taburkan bawang goreng dan daun bawang.

Cara membuat Nasi:-

1. Basuh beras dan toskan, Kemudian masukkan beras ke dalam periuk biasa atau periuk elektrik. Masukkan juga daun pandan.
2. Masukkan air rebusan/air sup ke dalam periuk beras mengikut sukatan beras anda. Masaklah nasi seperti biasa.

Cara membuat Sos Cili:-
Kisar cili merah dan bawang putih bersama garam, gula, dan cuka. Sedia dihidang.

Last sekali hidangkan nasi ayam bersama daun salad,timun dan tomato.

Nota: Bila menggoreng ayam, api jangan terlalu kuat kerana di kuatiri hangus.

Si era tak kacau kita kat dapur hari nie krn dia tgh kyusuk main puzzle....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net