cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-May-2007 23:00 Email | Share | Bookmark
SAMBAL IKAN LAGI......

Pagi nie kita sarapan nasi lemak dan sambal ikan. resepi kita ambil dr kak liza fotopages tp kita masak ikan tenggiri bukan ikan aye...kerana kat sini ikan aye gatal if tak pandai tgk betul2 lagilah ikan2 frozen.....



SAMBAL IKAN TENGGIRI

Bahan A

500 gm ikan tenggiri
2 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar [mayang kasar]
minyak
garam
gula sedikit

Bahan Mesin

10 tangkai cili kering or serbuk cili
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan

Cara

1. Ikan tenggiri dibasuh bersih dan toskan
2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan rebus sehingga mendidih. Biarkan semalaman.
3. Angkat ikan rebus dan goreng dalam minyak.
4. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.
5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa [ramas asam jawa dengan air rebusan ikan dan tapiskan].
6. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan bawang besar dan perlahan api.
8. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.
9. Hidangkan dengan nasi lemak.

Oleh kerana cuaca bertambah elok sekarang nie...anak2 gi bermain kat luar rumahlah...main pasir ..tapi bukan main pasir ditepi pantai....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net