cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Apr-2007 22:01 Email | Share | Bookmark
SUP AYAM CENDAWAN

hai kisah budak2....ptg tadi si zahir call dr sekolah,katanya nak gi main ke rumah kawannya si Karim tu,jgn salah,nie bukan org melayu tp org Russia campur Finnish,nama je mcm nama Melayu,bapanya nama Ruslan Albekov.. ...si Ika pun nak ikut sama tp malangnya tak dibawa sama oleh abgnya so sedih dia...menangis ...kita faham perasaan dia nie krn dia mmg jarang sgt nak gi main2 ke rumah kawan2 dia tp semlm kan boys business...main2 game dan lasak2....anak bujang dah besar ,kena ada privacy jugaklah tu.....

so menu hari..masak sup ayam cendawan,resepi dr mesra.com dan ayam tak tahu nak kata resepi apa krn main hentam masak ikut rasa je...



Sup Ayam Cendawan

Bahan-Bahan:

750 ml air (kita tambah lagi 250ml krn kita tak nak sup yg terlalu pekat)
250 g isi ayam
60 g sayur campur
50 g kobis bunga
3 ulas bawang merah ] dihiris
2 ulas bawang putih ]
1 paket sup cendawan
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil serbuk cili( kita tak bubuh krn anak2 tak makan pedas)
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Tuangkan air dan serbuk sup cendawan. Apabila mendidih masukkan isi ayam, cendawan, sayur campur dan bunga kobis. Taburkan serbuk cili, daun sup dan daun bawang ketika menghidang

nota:kita tambah cendawan (shitake mushroom) ke dlm sup

Nie pulak ayam masak????????




Resepinya mcm nielah..kita reka2 je....

Ayam Masak ??????

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - dipotong 14
3 sudu besar paprika giling(ada dlm botol,tak pedas tp cili boh,pedas kot)
Garam
Madu
Sos tiram
Kicap hitam
Tomato

Bahan Hiris:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili Hijau


Cara:

Perap ayam dengan sos tiram,madu dan kicap dan garam ikut rasa krn sos tiram dah ada rasa masin kan selama 1/2-1 jam.
Bakar didalam oven selama 15-20 minit pada 200c terpulang kpd oven masing2.
Selepas ayam masak,kita tumis bahan hiris hingga wangi.
Masukkan jugak paprika giling dan tumis lagi sampai masak or pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau biar sebati.Boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.
Last masukkan tomato yg telah dibelah (tak tahu kita belah berapa byk)
Boleh jugak ditabur dgn daun ketumbar tp kita tak bubuh,no stock
Dan now siap utk dihidang dan ngaplah jika sudi......

Quote:
Farini: kita kena rajin2 masak nie krn sini tak choice nak gi makan ke luar or di restoran2 bukan mcm kat Msia, kita masih dlm proses belajar masak lagi, belum capai gred A++ dr suami lagi,tak tahu bila?????


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net