cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Apr-2007 19:33 Email | Share | Bookmark
AYAM GORENG PAPA

Oh..aktiviti hari nie...pagi2 bagi anak2 makan sarapan awal2 krn nak gi ke International School FleaMarket...kena gi awal,if not alamat habislah semua brg2 tu..at last dapatlah beli buku2 bahasa English nie...if kat kedai buku sini,kebanyakannya bahasa Finnish,kalau ada pun English version tp mahalllll....citer pasal flea market,ada org fikir if kita gi beli2 kat flea market nie,kita nie 'cheap skate'..betul ke????for me,i don't care about it as long as i spent and buy things with my own money ....jimat cermat adalah salah satu amalan mulia drpd membazir,berbelanjalah ikut kemampuan masing2..jgn berbelanja lebih daripada kemampuan semata-mata supaya kononnya 'dihormati' dan 'dipandang tinggi'

nielah buku2 yg kita dapat .......



Menu hari nie simple je krn tadi hubby ada lunch kat luar.....



AYAM GORENG PAPA

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - dipotong 14 (kita guna kepak ayam je)
2 sudu besar cili kisar (jika nak pedas)
4 bawang putih - tumbuk
1 inci halia -tumbuk
Sedikit serbuk kunyit,serbuk kari
Garam dan sedikit cuka
Minyak untuk menggoreng

Cara:

Perap ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan garam selama 1/2-1 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing.
Sedia untuk dihidang dan enak dimakan panas2 dgn nasi putih dan kita masak sawi masak air or sup...anak2 suka nie........

Minum petang kita buat cucur udang simple...makan dgn sos cili ...



Cucur Udang

Bahan:

300 gm tepung gandum
300 gm udang
5 tangkai daun kucai, dipotong kasar-kasar(kita ganti dgn daun bawang krn tak stok daun kuchai)
2 biji telur
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk penaik
1 labu bawang besar, dihiris bulat
Air dan garam secukupnya

Cara:

1)Satukan serbuk kunyit, telur, garam, serbuk penaik, bawang besar, tepung gandum dan air. Bancuh hingga sebati.
2)Masukkan udang dan daun bawang. Gaul rata.
3)Panaskan minyak. Goreng hingga kuning.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net