cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Apr-2007 21:27 Email | Share | Bookmark
CREAM PUFF

notice or not,kebelakangan nie kita asyik membebel je dlm fp nie???? tapi idea bercerita2 timbul selepas berchat dgn si Suzi, dialah bagi idea lain tp kita buat lain pulak...katanya mcm nie" asik pasal masakan jer .... aktiviti lain takde ker... gambar2 lama, citer masa bujang, citer anak pertama, kisah cinta pertama"....tp masalahnya kita tak de xtvt lain setakat nie dan selebihnya malaslah nak citer bab tu nanti tak cukup pulak fp nie....

so kita dapat idea lain je , kita nak jadikan my fp jadi mcm journal kita and i'm happy cause kat fp tak de yg nak "control" kita,nak kata or tulis apa pun,it's my personal,betul tak????
sapa yg sudi nak jenguk,jenguklah dan bg yg tak sudi tu...leave it alone ok.....ada jugak kawan yg beritahu kita,"if ur fp pasal masak2,better stick to masak2lah,dia kata tak minat nak baca hal2 lain" hai gitu pulak.........
kita nie manusia biasa je bukannya extraordinary ok....so tak dptlah nak menyenangkan hati semua org...so terimalah apa yg termampu kita buat ....

ok,hari nak bebel pasal kena control nielah....ada seorg kawan tu,'Lisa' namanya ,baik orgnya dan sukalah membantu sesiapapun yg bermasalah disini. Dan dia suka berkawan dgn pelbagai org dan aktif lah dgn mcm2 xtvt luar. Masalah dia sekarang nie, dia kena 'control',bukannya dicontrol oleh suami tp 'org lain'....alahai sedihnya... so utk senangkan hati semua org,kenalah duduk rumah diam2 mcm kita.. ...so kena sabar byk2...jgn sampai makan hati,senangkan hati dgn fp ok..

now masuk bab makan pulak,menu hari nie....


Kari Ayam Masala-resipi nie kita belajar dr housegirl di Fiji dan kita ubah2 ikut selera kita...

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji tomato - dipotong dadu
2 biji bawang putih ]- dikisar
1 cm halia ]
2 sudu besar serbuk Kari Masala
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tomato or tomato puree
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih
Minyak secukupnya
1 cawan air
sedikit daun ketumbar - di hiris halus
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
garam
optional aji-no-moto

Cara:

(1)Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning.
(2)Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sampai naik minyak.
(3)Masukkan sos tomato dan serbuk masala,serbuk kunyit dan kacau rata-rata.
(4)Masukkan ayam kacau,masukkan sedikit air dan tutup periuk selama 5 minit.
(5)Tambahkan air jika nak berkuah.Masukkan jugak tomato dan cili hijau.
(6)Masaklah sehingga ayam menjadi empuk.

Nota: Hidangkan kari ayam dgn daun ketumbar dan dimakan panas2 bersama nasi or roti capati or roti canai.




Cream Puff (resipi dr Penyulawa Fotopages)

Pastry

250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.


Custard

500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net