Want your
own Fotopage?






 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Apr-2007 16:59 Email | Share | Bookmark
AYAM GOLEK MAK MENTUA

nothing much to say.....cuma kita bubuh resepi ayam golek..resepi dr mak mentua.



Ayam Golek Mak Mentua

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan)
2 sudu besar cili kisar or serbuk cili
1 inci halia (dikisar)
6 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup
1 btg serai (diketuk)
1 biji kelapa (diperah pati santannya) kita pakai santan dlm tin je
kerisik
asam gelugur
gula dan garam secukup rasa

Cara:

Ayam disapukan dgn serbuk kunyit dan garam dan dibakar sehingga separuh masak.Ketepikan.

Untuk membuat kuah, tumis bahan kisar sehingga naik minyak .
Masukkan santan. Kemudian kacau di atas api yang sederhana. Bila hampir pekat, masukkan asam gelugur,kerisik, gula serta garam dan kacau sehingga ia sebati. Apabila kuah pekat, bolehlah dipadamkan api.

Lumurkan kuah pada seluruh bahagian ayam dan bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dengan kepanasan yang sederhana.

Bila kuah hampir kering ,turn off the oven dan kita cover ayam dgn aluminium foil supaya ayam tak terlalu kering.

Quote:
Lee Lin: mmg saja buat ada kuah lebih biar anak2 suka makan...
Nani: if balik Msia,kena cuti masaklah dulu...lagipun kita kurang selesa nak masak didapur org lain,i prefer my own kitchen..faham2 jelah but for you,i can try


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net