cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Apr-2007 08:59 Email | Share | Bookmark
SINGGANG DAGING

Hari nie ada hal sikit ,kena keluar ...adoiiiiiiii semalaman fikir nak bawa era bersama ke tidak????? takut pulak org tak senang kita bawa anak dan mcm2....nasib baik ada kawan Ati yg sudi bawa baby Era balik rumah dia dan main dgn si Sabrina,lega sedikit tp kasihan pulak kena naik bas pulak tu.... bukannya tak boleh panggil hubby tp if possible, kita tak nak menyusahkan dia,biarlah org lain menyusahkan dia ,kita faham situasi dia mcm mana

Oleh krn kelam kabut sikit pagi nie...kita masak simple saja,main campak2 je,,,,akhirnya kita masak singgang daging....resepi nie dah byk kali kita masak ,kita ambil dr http://resepi.mesra.net....



Singgang daging

Bahan-bahan

1kg daging @ tulang rusuk
10 ulas bawang merah-mayang
5 ulas bawang putih-mayang
2in halia- mayang
4 in lengkuas- kisar
7 @ 9 biji cili keing- (rendam sebentar dankisar)
5 keping asam keping
Sedikit ketumbar-kisar
Garam secukup rasa
serbuk perasa
Air secukupnya


Cara:

Daging dipotong 4 segi lebar, kemudian dibasuh dan toskan. Lengkuas, cili kering dan ketumbar dikisar. Sementara bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Setelah siap kesemuanya, masukkan kedalam periuk bersama-sama kesemua bahan-bahan tadi termasuk asam keping, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging betul-betul masak.

Boleh dititikkan 2 batang serai jika suka.

Cadangan Hidangan:

Enak dimakan panas2 dengan nasi putih, telur goreng dadar dan jgn lupa sambal belacan...baru ada ummmmmmph

Jantung hati papa tgh tidur tengah hari nie.. gambar nie di ambil yesterday...today era tidur dalam kereta....(dia gembira sgt dpt keluar rumah dan ada kawan sabrina main dgn dia)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net