cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Apr-2007 10:17 Email | Share | Bookmark
SPIRAL CURRY PUFFS (KARIPAP PUSING)

I made the curry puffs last night and mee goreng too .....mcm biasa utk lunch boxes anak2 dan hubby...

I got the recipe from http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm...terima kasih byk2 krn ada resepi dan gambar2 yg ditunjukkan sekali...fantastic.....



Karipap Pusing

Bahan-bahan :

Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap

Utk doh berminyak :

150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu.. )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :

700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)

Cara :

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.


Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana.

Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.


Bahan Inti

1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.

For dinner we had thissssss simple dishes....... ...kerang masak kicap,kangkung goreng belacan , ikan goreng dan buduuuuu......



Kerang Masak Kicap

Bahan-Bahan:

2 kg kerang (dicelur)
2 sudu besar kicap
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
3 ulas bawang putih]
3 biji cili merah ] dihiris
1.2 cm halia ]
serai
garam


Cara:

Panaskan minyak tumiskan bahan hiris dan serai yg dititik kemudian masukkan kerang, lada sulah dan garam.
Tepung jagung dibancuh dengan kicap dan sedikit air, tuangkan ke dalam kerang tadi.
Kacau hingga masak kemudian barulah angkat.

Quote:
mamazieza: kerang tu mmg dah bersih dan separuh masak,beli di kedai Asia..if kat Msia,kerang kena cuci bersih2 or ambil isi saja mcm mama buat,kita sj cuba2 masak mcm tu krn ada kuah...selalunya tgk mak kita masak ketam mcm tu....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net