cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Apr-2007 19:22 Email | Share | Bookmark
MEE KUNING DAN JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE

pagi tadi kita sarapan nasi lemak je dan kita buat mee kuning.dah lama kita tahu buat mee kuning nie...kita belajar dari kawan kita,Simon dan Valerie sewaktu kita duduk di Fiji dulu.

cerita pasal mee kuning,dah lama kita tak buat kerana peristiwa mee kuning nie sungguh mengecewakan....pertama kali kita diajak oleh kawan mengajar buat mee kuning dirumah dia dan kedua, yg paling menyakitkan hati bila kita disuruh buat mee goreng utk meraikan satu acara yg jugak diraikan oleh rakyat Msia...bukannya mee tu tak jadi tapi ada perkara2 selepas acara tu yg kita tak akan lupa seumur hidup kita... .dan kejadian tersebut byk memberi kesan kepada kita sekeluarga... nak cerita byk pun tak guna kerana semuanya dah terjadi tapi sebagai manusia kita kena sedar siapa diri kita nie dan jgn lupa diri......jgn gunakan kuasa yg ada untuk kepentingan diri sendiri semata-mata..

Kesimpulannya, sebagai orang "beriman" kita hendaklah selalu mengawasi perkataan dan tutur kata. Biasakan diri berfikir dulu sebelum mengucapkan perkataan.

Jika ternyata perkataan yang hendak diucapkan itu tiada bahayanya, ucapkanlah. Jika sebaliknya, hindarilah daripada berkata-kata.

pernah sekali kita terbaca di Utusan Malaysia ,Perdana Menteri pernah berkata "bukan cara Islam utk kita mengejar cita2 kita supaya dihalalkan melakukan apa sahaja asal boleh capai sesuatu yang kita mahu dan ini bukan cara yang patut dijadikan ikutan .sepatutnya mengambil pendekatan berhemah supaya tidak melukai hati org lain."

pjg cerita pulak.....berbalik ke menu kita hari nie ye.....nielah mee kuning..pucat kata papa,tak menarik tp yg penting boleh makan...kita tak bubuh pewarna kuning krn pewarna susah nak dpt disini...ada jual di farmasi,mahallllll....lebih kurang RM17 satu botol....



MEE KUNING PUCAT DAN MESIN PASTA

MEE KUNING

Bahan-bahan

• 500 gm tepung
• 200 ml air
• satu sudu air abu
• sedikit pewarna kuning
• minyak secukupnya
• garam secukupnya
• air untuk merebus
Cara-cara

1. Campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telah diletakkan dalam mangkok adunan .
2. Uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering dan bukannya lembap.
3. Ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta . Jika adunan berderai jangan khuatir kerana adunan akan bersatu setelah terus di putar.
4. Terus putar 2 - 3 kali sehingga adunan menjadi kepingan yang rata dan halus.
5. Setelah semua adunan halus, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta. Terus memotong sehingga adunan habis.
6. Setelah air mendidih,rebus mee sedikit2 .
7. Rebus sebentar sahaja atau sehingga mee - angkat dan toskan.
8. Letakkan mee yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa mee sedang panas. Jika tidak mee akan melekat antara satu dengan lain)
9. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan mee sebelum disimpan atau digunakan



MEE GORENG

Bahan-bahan

* mee kuning
* 4 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* cili boh @ cili mesin sendiri
* garam
* gula,kicap hitam,
* tauge - jika suka
* daun kuchai - jika suka
* fishball,udang,daging yang sudah siap direbus sampai empuk
* sedikit cili sos
* 1 biji telur

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah,sehingga nampak agak garing
2. Masukkan daging,fishball,udang..cili sos dan cili boh..boleh ditambah kan dengan sedikit air.
3.Tambahkan gula dan perasa..kalau rasa nak masin boleh taruk kicap cair ..sedikit saja.
4. Last..taruk tauge dan daun kuchai....kacau kacau dan balik balikkan mee.
5. Pecahkan telur dan gaul sebati.
6. Ok...hiaskan dgn daun bawang dan dah sedia untuk dimakan..

minum petang kita bake Japanese Souffle Cheese Cake...i got the recipe from
http://as-hajar.fotopages.com/?entry=1073110 mmg sedap kak hajar dan rinn...kek nie gebu dan tak manis thanks to all of you yg bagi resepi nie....



Japanese Souffle Cheese Cake

250 g cream cheese
75 ml susu segar
130 g gula castor
4 biji telur (asingkan)
40 g tepung jagung
1/2 sudu teh cream of tartar (kita ganti dgn lemon juice)

1. Panaskan oven pd suhu 180 C. Alaskan acuan. (kita tak ada stok baking paper)
2. Pukulkan cream cheese sehingga lembut dan masukkan susu segar,pukul lagi pada kelajuan yg sederhana.
3. Masukkan 1/2 drpd gula ke dlm adunan cheese bersama telur merah, tepung jagung & cream of tartar.
4. Telur putih dipukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue.
5. Masukkan meringue ke dlm adunan cheese & kaupbalikkan hingga rata.
6. Tuangkan ke dlm acuan & bakar secara bain marie selama 45 minit-1 jam.

note: kek mestilah disimpan dlm fridge dahulu sebelum dimakan

Quote:
mamazieza: cheesecake nie boleh makan sekali sekala je...sapa yg on diet kena tgk sajalah....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net