cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Apr-2007 19:20 Email | Share | Bookmark
APAM BALIK DAN IKAN MASAK MASAM MANIS (PAPA)

mula2 kitak cite pasal apam balik dulu ya....pagi nie teringin sgt nak buat apam balik..lglah teringat kat msia boleh dpt kat pasar malam....sedapnya tp bila dah jauh nie,kena usahakan sendirilah ....kita ambil resepi dr mamafami .....



APAM BALIK

Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender )
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.

note: yg sedihnya tak de org makan apam balik nie krn kulitnya tebal...so kita kena habiskan seorg2.... (first attempt ,tak pe..lagipun kita tak ada jagung berkrim jadi bukan 100% apam balik asli lah)

finally utk sarapan kita masak roti canai segera lah..dan kari ayam..SEBENARNYA kita dah cuba byk2 kali nak buat sendiri roti canai tp tak pernah berjaya....selalunya doh ok tp bila sampai bab menebar2 tu tak boleh..dan dah cuba jugak nak tarik2 doh tu tp tak jadi jugak...hancur doh..putus2....sampai kita jemput hubby kawan dtg rumah ajar kita buat roti canai nie tp tak menjadi jugak..alahai nasibbbbbbb.....so to save my energy kita beli roti prata segera tu lebih kurang mcm roti canaiah...nasib baik ada jual di kedai asia.....



for lunch...my hubby masak ikan masak masam manis dan sotong goreng butter....sedapppp


IKAN MASAK MASAM MANIS (PAPA)

BAHAN

seekor ikan diperap dgn sedikit tepung jagung dan 1 putih telur (perap for 15 mins)
minyak utk menggoreng terendam

bahan sos : bawang besar,bwg putih,halia dan lada merah dihiris nipis
sos tomato,sos cili,air,sos ikan,gula,garam

CARA

1.Goreng ikan hingga menjadi kuning keemasan dan tuskan.
2.Letakkan ikan di tgh2 pinggan.
3.Panaskan minyak dan masukkan bahan hiris dan tumis hingga terbit bau.
4.Masukkan semua sos dan biarkan sehingga mendidih.
5.Masukkan buah tomato yg dipotong 4.
6.Sendukkan sos dan tuangkan ke atas ikan.
7.Hidangkan panas2 bersama nasi.



SOTONG GORENG BUTTER

Bahan2

600gm sotong
Minyak utk menggoreng
3 camb susu segar
3 biji telur (ambil kuning sahaja)
2 camb marjerin/butter
1-2 ulas bawang putih yg di cincang
6 biji cili padi (jika suka)-kita tak bubuh krn anak2 tak makan pedas
Sedikit daun kari

Bahan Perap
1 biji telur (kuning sahaja)
1 camb tepung beras

Cara2

1.Bersihkan sotong dan lapkan degn kertas dapur supaya tak berair.
2.Campurkan bahan perap dan perapkan sotong kira2 5-10 minit.
3.Panaskan minyak dan goreng sotong,angkat dan tuskan.
4.Masukkan susu segar dan kuning telur dan kacau rata.
5.Cairkan butter dlm kuali panas dan tuangkan campuran telur dan goreng di atas api kecil
6.Mesti di kacau2 supaya campuran telur tu menjadi butiran halus.
7.Last sekali masukkan sotong,bwg putih,cili padi dan daun kari.
8.Tumis atas api besar hingga rata panasnya.
9.Angkat dan hidangkan panas2.



Quote:
mmg kita kena bersusah payah belajar masak2 nie,lagilah dah duduk jauh2 nie,semua tak pandai,kena pandai2 le....if nak buka kedai tu, tak mungkin terjadi krn kita nie tak ada jiwa peniaga...kang bankrup pulak

utk apam balik tu tak yah letak mauripan...cuma rehatkan adunan sekejap...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net