cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Apr-2007 11:20 Email | Share | Bookmark
Tepung Pelita Perantau

actually dah beberapa hari yg lepas buat tepung pelita nie...resepi i dpt dr www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm... thanks kpd sesiapa yg berkenaan...

mmg dah lama sgt teringin nak buat tepung pelita tp tak pandai nak buat bekas dr daun pisang tu...so bila terjumpa resepi yg boleh pakai container plastik nie..kita pun bersemangat nak mencuba....nie lah hasil nya..taaaadaaaaa



TEPUNG PELITA PERANTAU

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Caranya:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan dan boleh makan

dan nie pulak pikelet yg i buat ikut resepi dr fp mamafami....i like it so much...thanks to mamafami......



AUSTRALIAN PIKELETS

Bahan-bahan :

1 cawan tepung naik sendiri (mamafami ajar buat tepung naik sendiri krn disini tak ada jual or kita tak tahu bahasa finnish kata apa$-) )
secubit garam
secubit serbuh buah pala
1/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega ~ dicairkan

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan bahan-bahan kering.
2. Pukul telur dan gula.
3. Campurkan mentega cair dan susu. Kacau.
4. Tuangkan cecair ke dalam bahan-bahan kering. Kaup balikkan.
5. Panaskan kuali. Griskan dengan sedikit mentega. Tuangkan sesudu bancuhan ke atas kuali.
6. Bila telah keperangan, balikkan.
7. Hidangkan panas bersama mentega dan madu

Cara nak membuat tepung naik sendiri

150g tepung gandum/kek + 2 sudu kecil baking powder + secubit garam, diayak 3 kali.

atau cara2 kat bawah nie kita dapat dari Resipi Diana

6 cawan tepung serbaguna
3 sd besar baking powder
1 sudu teh garam

Ayak kesemua bahan dan simpan utk digunakan sebaik2nya ayak 3-4kali supaya tepung serata dgn baking powder.Boleh dapat 6 cawan tepung naik sendiri.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net