cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Mar-2007 22:31 Email | Share | Bookmark
KUIH LAPIS

era's kitchen
zahir and era
so for lunch today kita masak nasi ayam je dan petang i buat kuih lapis. Resepi kuih lapis nie i dapat dr irene....guru dan kawan yg sgt dihormati..dia byk mengajar buat kuih-muih dan masak memasak nie....thanks irene for everything...cuma i jarang buat kuih2 nie krn anak2 lebih suka makan pizza ,pastri dan roti. kuih lapis nie pun alamatnya kenalah di berikan kepada siapa2 yg sudi....

this is our lunch today




KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

150gm tepung beras
130gm tepung ubi
secubit garam
400 ml santan
300gm gula
300ml air
2-3helai daun pandan

Cara

1.Masak air dan gula bersama daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.
2.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3.Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4.Masukkan pewarna merah dlm satu bahagian adunan dan biarkan warna putih dlm satu bahagian lagi.
5.Tambahkan air dalam kedua2 adunan supaya sukatannya sama.sukatan bg satu adunan adalah 500ml.
6.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
7.Masukkan 1 senduk adunan putih (lebih kurang 100ml-150ml) dan kukus selama 5 minit.sukatan adunan bergantung kpd saiz loyang yg dipakai.
8.Lapiskan 1 senduk adunan merah dan kukus semula selama 5 minit.
9.Lapiskan adunan putih dan merah berselang seli sehingga adunan habis.
10. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Quote:
hai org kucing,bukannya org kuching if i buat mee kolok nanti i will paste it here in my fp ok....no problem.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net