cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 26-Aug-2008 10:09 Email | Share | | Bookmark
AWARD FROM HAJAR

 
Received this award from Hajar. Thanks a lot Hajar for including me....





These are the rules of the award ~


1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)


2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.


3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.


4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.

Now, I would like to give this award to :

1. Mamazieza - yummy cakes.....

2. Kak Nim - simple foods and lovely cake decoration....

3. Nana - lovely and nice pictures....

4. Shima - amazing foods and nice pics too....

5.Kak Rin - mmg terliur bila melawat fp Kak Rin......



Oh ya..sudah habis cite pasal cuti2 hari tu..Kali kita nak cerita isu lain pulak...

KAWAN ATAU SAHABAT...ada byk jenis kawan dan sahabat...di antaranya kawan sejati,kawan bermusim, kawan cyber ,kawan makan kawan dan byk lagi..Kita kene tahu menilai jenis-jenis kawan atau sahabat...
Macam kita...kita berkawan dgn semua org tapi baru-baru nie terkejut jugak dengar seorg sahabat baik bercerita pasal kita....tak sangka sungguh dan amat menyedihkan...
apa2 pun semua org ada hak mereka sendiri, pandai2lah membuat penilaian sendiri...

Nie ada email kita terima dr Kak Zai ttg bersahabat....


Quote:
DALAM BERSAHABAT.. .

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."




Thursday, 21-Aug-2008 23:00 Email | Share | | Bookmark
KARI UDANG BERDAUN PANDAN & SUMMER HOLIDAY PART 7 ( FINAL)

 
 
 
View all 18 photos...
Pada hari Jumaat 18-07-2008, naik Silja Line balik ke Helsinki pada pukul 5.30pm dan dapat cabin kat bawah sekali tingkat 2, dibawah deck kereta....huhuhuhuhuhuhu... Apa boleh buat krn tak de buat tempahan awal2. Cukup nasib baik dpt cabin...Kita sampai di Helsinki pada pagi Ahad 19-07-2008 pukul 9.30am. Terus ke kedai Ararat utk beli makanan dan balik rumah....masak,kemas dan cuci baju......





Oh ya...minta maaf kpd kawan2 cyber..tak sempat nak buat lawatan balas...ada masa mesti buat lawatan balas...Terima kasih krn sudi singgah di sini...


Resipi hari nie...














KARI UDANG BERDAUN PANDAN - resipi dr Kak Fazi fp
Sumber: Mesra.com

Bahan-Bahan:

½kg udang besar
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji Cengkih
2 biji bunga lawang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbu ketumbar 4 ulas bawang merah-tumbuk halus
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
1cm halia-tumbuk halus
2 Helai Daun Pandan
Daun kari
1 biji cili merah dibelah dua
Garam secukup rasa
Ajinomoto
Gula secukup rasa


Cara:

Tumiskan rempah tumis,bersama daun kari dan cili yang telah dibelah, bila wangi masukkan bahan yang telah ditumbuk.

Kemudian bila wangi masukkan serbuk kari bersama semua serbuk rempah. Setalah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos ikan. Kemudian masukkan udang dan daun pandan.

Biarkan seketika hingga bau daun pandan keluar. Tambah garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda. Angkat kuali setelah ia mula memekat.

Tambahan:

Jangan memasak udang terlalu lama untuk mengelakkan rasa kesegarannya dan daripada ia terlalu keras.


Monday, 18-Aug-2008 22:35 Email | Share | | Bookmark
APAM KENTANG & SUMMER HOLIDAY PART 6

 
 
 
View all 12 photos...
Hari Jumaat 18-07-08...hari nie rasa macam mabuk dan pening krn tak cukup tidur dan terasa letih....tp perjalanan balik mesti diteruskan jugak...oh ya. kita dah rasa tak sihat sikit dan mulut pun dah kene blister yg teruk...asal makan buka mulut, bibir mesti berdarah...nie lah akibat kurang minum air dan cuaca yg panas dan kering....

Hari nie kita gi jln2 dan ambil gmbr di sekitar Stockholm dan lunch di restoran India..tak de pilihan krn restoran Malaysia tak buka..balik Msia cuti nmpknya....

Selepas lunch, kita berangkat ke port..naik kapal cruise balik ke Helsinki pada pukul 5.00pm......Akan cerita pasal cruise kemudian ok.....





Resipi kali nie......













APAM KENTANG - resipi dr Mat Gebu Blog....terima kasih...


BAHAN - BAHANNYA :

200 g gula pasir
200 ml air kelapa
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum*
1 camca teh instant yeast*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh pandan paste*
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
Kelapa parut putih*
Secubit garam*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan kukus sebentar)

CARA MEMBUATNYA :

1. Kentang dipotong kecil dan kukus hingga lembut, lecek hingga lumat, ketepikan. Satukan gula pasir, air kelapa dan daun pandan, masak hingga gula larut, tapis dan sukat 300 ml, biar suam.
2. Dalam satu bekas, satukan kentang lecek dan tepung beras, gaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati. Biarkan bancuhan sejuk. Masukkan semua bahan2 yang bertanda (*) dan kacau hingga rata.
3. Tuang santan sedikit demi sedikit dan terus mengacau hingga sebati. Rehatkan adunan 40 - 50 minit.
4. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuang 3/4 penuh pada setiap acuan dan kukus dengan api besar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa, jika suka...

nota: kita rebus je ubi kentang tu,tapis dan lecek sampai lumat....


Wednesday, 13-Aug-2008 22:40 Email | Share | | Bookmark
SUMMER HOLIDAY PART 5

 
 
 
View all 18 photos...



Dah lama bebenor tak update fp nie...Lately nie mmg sibuk sikit dan bertambah dengan mood yg tak begitu stabil...byk perkara yg berlaku dlm 2-3 minggu nie...Cuaca pun tak berapa elok dan sentiasa hujan dan anak-anak kene flu dan mereka pun dah mula gi sekolah...tinggallah si era dgn mama, kasihan dgn dia...

So 2-3 hari lepas sibuk nak mendaftar dia ke sekolah main2 tp malangnya semuanya penuh dan kene tunggu bbp bulan lagi... kasihan Era.... tapi mama hantar jugaklah borang cuba nasib... So lately mama kene bawak Era main2 di taman sewaktu dgn budak2 tadika tu keluar main2 jugak....

Sorry lah kali nie tak de resipi utk dikongsi bersama...Lain kali ya.......

Ok cerita pasal cuti hari tu.....

Bangun awal hari Khamis 17-07-2008, kita sightseeing around Hamburg sekejap dan teruskan perjalanan ke Copenhagen,Denmark. Lagi kene naik ferry lagi...Scandlines Ferry...kali kene menyeberang laut dr Germany ke Denmark. Singgah di Copenhagen dan teruskan lagi perjalanan ke Stockholm. Kali nie kene menyeberang laut lagi..tp bukan naik ferry tp kene menyeberang jambatan sepjg 12 km...Oresund Bridge ..kata papa lebih kurang mcm jambatan Pulau Pinang tp yg nie kene toll sebyk EUR36..


Papa tak nak berhenti bermlm di mana2 krn dia nak sampai terus ke Stockholm.. katanya kene balik ke Helsinki secepat mungkin...so apa lagi dia lah drive terus sampai ke Stockholm pada pukul 1.30 am dan bila sampai sana sesat lagi.. aduiiiii..... Sampai ke destinasi terussss tidurrr......















Award dr Kak Jie Jie





Kepada Kak Jie jie




Thursday, 7-Aug-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark
UDANG MENTEGA BERPERISA & SUMMER HOLIDAY PART 4

 
 
 
View all 18 photos...
Hari Selasa 15-07-08, tak de xtvt apa-apa hari nie cuma suami kene ke cyber cafe utk buat keje dia sikit dan tgh hari pulak ada 'urusan kerajaan'....

Pada hari Rabu 16-07-08, pagi2 dah siap nak berangkat balik. Selepas sarapan pagi dan siapkan semua brg,dgn bekalan yg disediakan oleh Dayang..kita pun mula bersalam dan ucapkan terima kasih atas layanan Dayang sekeluarga sepanjang kita di London.Memang best kat sini, dgn hidangan makanan...sedappp.... Hanya Allah swt hanya akan membalas budi mereka dan tak lupa kepada Kak Ani walaupun sibuk dgn kerja tapi masih mampu melayan kita anak beranak. Jangan lupa buat kunjungan balas sekiranya kita masih lagi di sini....

Pukul 7.00 pg, kita mulakan perjalanan ke Dover, kene kejar ferry pukul 10.00pg. Perjalanan dr London ke Dover 142km dan mengambil masa yg pjg jugak krn traffic jam sepjg jln. Kita sampai di Dover kurang 15 minit dr 10.00pg. Terus check in masuk ferry.
Alhamdulillah....sepjg perjalanan tadi,berdebar-debar jugak takut tertinggal ferry..

Perjalanan dr Dover ke Dunkerque dgn Norfolkline Ferry mengambil masa 1 jam 45 minit. So apa lagi mama terasa penat sgt, bawak anak2 ke ruang tv dan mama pun terlelap kat atas sofa....kepenatan....alahai padahal tak driving pun....

Sampai di Dunkerque,France pada pukul 12 pm lebih kurang dan kita plan teruskan perjalanan ke Brugge,Belgium..singgah makan lunch kat sana..Dunkerque ke Brugge tak jauh...76km ...Kita sampai di Brugge pada pukul 1pm dan singgah lunch di tepi jln tepi sungai..cantikkk....tak de gmbr krn sibuk makan.....


Pas tu teruskan perjalanan dari Brugge ke Hamburg, Germany 658km , kita singgah di bbp stesen minyak dan papa pun kene berehat sikit, minum kopi dan teruskan perjalanan lagi..Mama nak tolong drive jugak tp kene ketawa je..Papa kata dgn anak-anak.."If mama drive , tahun depan baru kita sampai ke rumah"....hishhhh...ada ke?

Kita sampai ke Hamburg,Germany pada pukul 12 tgh malam, anak2 dah tidur lena dlm kereta..kasihan pulak...bila terkejut je dan check in hotel, anak-anak mengadu kelaparan..alahai kasihan...so papa pun gi cari restoran dan bawak makanan balik ke hotel dan kita makan-makan dan selepas tu.....apa lagi...tidurrrrrrrrrrrrrrrrr......rehat sebelum kita teruskan perjalanan lagi....












Orait....simple resipi...layan...











UDANG MENTEGA BERPERISA
Sumber : Buku Masakan Popular Malaysia

Bahan:

600gm udang besar
minyak utk menggoreng
3 camb susu segar
3 biji telur ( ambil kuningnya sahaja)
2 camb majerin /mentega
1 camb bawang putih yg dicincang
6 biji cili padi (dititik)
sedikit daun kari

Bahan perap:

1 biji telur ( ambil kuningnya shj)
1 camb tepung beras


Cara:

1. Cuci dan tuskan udang.Potong sesungutnya ttp jgn buang kulitnya. Kemudian belah bahagian belakangnya secar memanjang serta buangkan uratnya. Lap dan keringkan dgn kertas dapur atau tuala.

2. Campurkan kedua-dua jenis bahan perap dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan udang dan gaul hingga rata. Biarkan utk kira-kira 15-20 minit.

3. Pijarkan minyak, goreng udang hingga keperang-perangan. Angkat dan tuskan.

4. Masukkan susu segar dan kuning telur ke dalam mangkuk, kacau rata.

5. Cairkan mentega dalam kuali panas. Tuangkan susu segar serta kuning telur ke dalamnya dengan perlahan-lahan. Goreng atas api keil sambil dikacau-kacau supaya campuran telur itu menjadi butiran halus.

6. Masukkan udang,bawang putih,cili padi dan daun kari. Tumiskan atas api besar sehingga rata panasnya.

7. Angkat dan hidangkan panas-panas.








Dapat gift nie dari AlongRoz dan Kak Lin......







TO ALONGROZ & KAK LIN





[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net