cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 31-Oct-2008 20:45 Email | Share | | Bookmark
SUP AYAM SPECIAL

 
 
 
View all 18 photos...
Ok ...kali nie kita nak letak gmbr2 lama....Gambar semasa beraya di rumah Yani,Mimi dan Faizah...Raya kat sini cuma hujung minggu je so ada 2 kali Sabtu...


Resipi hari nie.....simple dan sedap...









SUP AYAM SPECIAL - resipi diambil dr myresipi.com
Sumber : tulip77

Bahan-bahan ( 8 org )

1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji ubi kentang
1 btg lobak merah
1 mangkuk air panas br masak ( mendidih)
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara:

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak merah dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & ubi kentang dipotong 6.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit.
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang .





Quote:
ADAB-ADAB TIDUR


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut..

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.


Tuesday, 21-Oct-2008 06:29 Email | Share | | Bookmark
RENDANG TOK CHEF WAN & FAREWELL DINNER FOR MR BAMBANG

 
 
 
View all 16 photos...
Adoiii...lama jugak tak update fp nie...Alasan?????? Laptop kita selalu pakai tu dah KONGGGGG..... lgpun selepas raya, anak2 mula cuti musim luruh selama seminggu dan maknya kene mengalahlah dgn anak2 yg nak main game... Lastly, mmg tak de idea dan malasssss.....


So kali nie, kita letak resipi rendang tok yg kita buat pada hari raya pertama....






RENDANG TOK
Sumber : CHef Wan

Bahan-bahan:

500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu)
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Bahan yd dikisar halus halus:

4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3 cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2 cm lengkuas, dikupas

Cara:

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kecil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.


NIE PULAK HIDANGAN UTK MR BAMBANG SEKELUARGA...dia akan kembali ke Indonesia for good....












Quote:
Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

8 ) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran,
maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."


Saturday, 4-Oct-2008 22:10 Email | Share | | Bookmark
RAYA POTLUCK 2008

 
 
 
View all 44 photos...
Raya potluck 4 Oktober 2008 12pm to 3pm....Thanks to all ....really enjoy the event today....

Majlis potluck kali nie diadakan di dewan serbaguna di bawah apartment kita. Seramai 40 org dewasa dan 20 org kanak-kanak.





NIELAH PERSEDIAAN KITA UTK RAYA POTLUCK...











NIE PULAK MAKANAN YG DIBAWA OLEH RAKAN-RAKAN...


















KEPADA SEMUA RAKAN DAN KELUARGA YG DATANG.....




Sunday, 28-Sep-2008 10:18 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA 2008

 
Untuk keluarga dan rakan2 yg mengenali kita dan tak lupa rakan cyber, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2-3 hari lagi, kita ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandai ada yg dicoretkan di dlm fp kita nie menyinggung perasaan atau mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya kita hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari salah dan silap.

Tahun nie kita masih lagi beraya di perantauan....dalam masa 7 tahun,sekali je berpeluang beraya di Malaysia.Rindu sungguh dgn suasan raya di sana.

Utk menghilangkan rasa pilu di hati dan memeriahkan suasana raya pada raya kali nie, kita mengadakan Potluck Raya bersama rakan-rakan pada hari Sabtu 4 hb Oktober, 2008 di kawasan apartment kita. Looking forward to this event...insyaallah semuanya berjalan dengan lancar.

Utk keluarga dan semua rakan, sudilah ambil kad raya dari kita di sini....













NIE PULAK KAD RAYA DR RAKAN-RAKAN CYBER....TERIMA KASIH SEMUA...


DARI KAK LIN



DARI MAMAFAMI



DARI ZAI KULIM



DARI DR. ROZAMY



DARI RINZURA



DARI KAK TUN



DARI MAKLANG



Monday, 22-Sep-2008 09:38 Email | Share | | Bookmark
IKA'S 10TH BIRTHDAY

 
 
 
Today Ika's 10th birthday ........


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net