cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Jan-2009 14:55 Email | Share | | Bookmark
DONUT

 
 
 
Lama tak buat donut nie tp dlm minggu lepas si Era asyik nak makan donut...if beli kat kedai tu mmg keje senang tp manisnye tuhan je tahu..so last2 buat jelah so tak yah nak singgah ke kedai memanjang...








DONUT
Sumber: Sabrina Bakar @ Resipi.net

Bahan2:

2 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh gula
1 cawan air suam kuku
(campurkan bahan ini dalam mangkuk... tutupkan mangkuk...biarkan yis
mengembang naik)

a. 4 cawan tepung gandum
b. 4 camca besar tepung susu
c. 4 camca besar mentega / butter
d. 1 butir telur - di kacau sebati

e. 1 cawan air biasa

Cara:

1. Adunkan bahan-bahan (a) sampai (c) menjadi serbuk roti, selepas tu baru
masukkan telur (d)
2. Setelah tengok yis dah mengembang naik, masukkan ke dalam adunan diatas.
Gaulkan rata
3. Masukkan (e) air sedikit demi sedikit, uli sehingga lembut sebati...sehingga tak
melekat di jari
4. Biarkan doh naik berganda (dlm 30 minit atau lebih)...tutup dengan kain maslin basah. Kita masukkan dlm oven krn suhu kat sini sejukkk....
5. Kemudian tumbuk lembut doh dan bentukkan donut
6. Biarkan seketika dan bagi naik lagi.
7. Kemudian gorengkan.
8. Akhir sekali nak sadur donut dengan gula custor atau coklat , ikut citarasa masing2.
9.Kalau dengan gula custor... masa tengah panas setelah di angkat dari
kuali.... campurkan dgn gula custor
10.Kalau dgn coklat biarkan sejuk.... masak coklat masakan cara marie
baine.... then celupkan... taburkan dengan coklat urai ke, kacang ke...
apa2 lah...



Nota: Kita perapkan doh di dalam oven yg dipanaskan sekejap..biar suam2 kat dalam oven tu krn suhu bilik sejuk..yalah time winter nie mmg sejukk..suhu sampai -7c..merajuk doh tak naik2....
Kita goreng semua, tp kita tak sadurkan semua donut dgn gula krn if nak simpankan, baik jgn sadurkan dulu. Bila nak makan lagi, masukkan sekejap ke dalm mikrowave selama 30-40 saat, kemudian sadurkan dgn gula. Boleh simpan dalam kontena dan freezer , boleh makan pada bila2 masa.



Wednesday, 14-Jan-2009 12:22 Email | Share | | Bookmark
PANDAN SWISS ROLL

 
 
 
View all 4 photos...
Nielah kali ke 2 kita buat swiss roll. Kali pertama tak sempat nak roll pun krn kek nya terbakar setengah dan hancusss....

Resipi asal dr Mamafami iaitu Strawberry Batik Swiss Roll tapi kita buat yg basic dulu..nanti bila dah tahu sikit2, baru cuba yg batik2 nie...









SWISS ROLL PANDAN
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :

BAHAN A:

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh esen pandan
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 sudu besar susu tepung
sedikit pewarna hijau jika suka

BAHAN B:

2 oz mentega cair - cairkan


butter icing secukupnya


Kaedah penyediaan :

1. Telur, gula, ovallete, baking powder, esen pandan, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2. Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 minit, api atas dan bawah.
5. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk.
6. Terbalikkan atas kertas baking yg di taburkan dgn gula dan kelapa kering dan keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
7. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
8. Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
9. Potong dan hidangkan.


Quote:
PANDAN SWISS ROLL

Ingredients :

(A)

3 nos eggs
2 oz castor sugar
1/2 teaspoon baking powder
3/4 teaspoon pandan essence
1/2 tablespoon ovallette
1.5 oz flour
1/2 tablespoon milk powder
a few drops of green coloring - optional

(B)

2 oz butter ~ melted

(C)

Buttercream icing

Method :

1. Place ingredients A in a mixing bowl. Beat on high speed for 5 to 7 minutes.
2. Add melted butter and mix well.
3. Spread the batter onto the tray layered with greaseproof paper.
4. Bake in a preheated oven at 180 C for 15 minutes.
8. Once baked, remove the cake from the tray onto a wire rack. Let it cool.
9. Turn the cake onto another piece of paper that sprinkle with sugar and descicated coconut and spread the buttercream.
10. Slowly and carefully, roll the cake. Wrap in a clingfilm and keep in the refrigerator for the buttercream to set before slicing it.




NIE PULAK GAMBAR STEP BY STEP MAMAFAMI...THANKS MAMAFAMI, IZINKAN KITA PASTEKAN KAT SINI OK.....




Sunday, 11-Jan-2009 18:32 Email | Share | | Bookmark
IT'S MY BIRTHDAY.....

 
 
 
Hi everyone, today is my birthday. It's official, I am now 38 years old! DAH TUAAAA OOOO......






SUPRISE! SUPRISE! I received this beautiful cake from Yani http://hariyani.fotopages.com.....
thanks....
ingat tak delah nak potong2 kek tahun nie tp murah rezeki...dpt kek nie........cantikkkkk......









Thursday, 8-Jan-2009 08:55 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TAHUN BARU 2009 & BLUEBERRY CHEESE TART

 
 
 
KEPADA PENGUNJUNG2 YG SINGGAH DI SINI...TAK TERLAMBAT KITA NAK UCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2009.....







Ok...cite pasal tahun baru ....pada 1hb Januari,2009..kita ada tetamu dr Moscow, Russia...Julia, En Suami dan Farhah...Kita berkenalan dgn Julia di alam cyber lebih dari setahun tp kita pernah berjumpa dgn suami dia 2 tahun yg lepas...

Banyak jg oleh2 dr Moscow nie...rezeki kita......By the way, mmg enjoy habiss...jumpa teman yg seperahu nie...lg Julia sempat jg masak2 dan buat blueberry cheese tart utk kita semua...teruk nye kita, kes dera ke mcm nie????? Harap Julia dan keluarga tak serik ke rumah kita lagi...harap kita berjumpa lagi nanti..insyaallah...Lagi dpt acuan tart tu dari Julia....terima kasih byk2 Ju.....


Gambar blueberry cheese tart tu di snap oleh suami Julia. Suami Ju mmg handal ambil gambar2 nie, jurugambar professional....mcm kita tak yah cite lah,mmg tak expert2 lagi...asik blurrr je gmbr....



LAYANNNNNNN...........











BLUEBERRY CHEESE TART -resipi di copy dr Maklang fotopages
Sumber : Resipi.net

Pastry (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour (maklang campur skit ngan susu tepung, garam skit, esen vanila)

Filling:

250g Philadelphia cream cheese- kita pakai 200gm je
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry/stroberi filling

Cara:
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan

Untuk filling:
Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:

Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

Nota mklang : bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer..
Resepi di atas dapat banyak, maklang buat setengah adunan dapat <> 40 biji.


Monday, 29-Dec-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
KUIH LOPES & LAKSA SARAWAK

 
 
 
View all 12 photos...



Kuih nie pertama kali kita buat sendiri....mmg teringin sgt nak makan tetapi pandai2 sgt terlebih bubuh pewarna....












Kuih Lopes - resipi di ambil dari Kak Liza fotopages dan Mamafami...terima kasih Kak Liza & Mamafami...

Bahan kuih :

2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda- kita pakai kelapa kering yg di remajakan...hehehehehe...

Cara.

1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah.

AIR GULA MELAKA

1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula melaka
1 1/2 cawan air
daun pandan

Cara:

Jerang semua bahan di atas sehingga gula larut dan mendidih. Tapis dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


Quote:
KUIH LOPES (Kak Liza)

Ingredients :

2 cups glutinous rice (washed and soak with a teaspoon of lime water (air kapur) for an hour. Put through a strainer and rinse again)
2 cups coconut milk mixed with a bit of salt
1 cup screwpine leaves juice (jus pandan)
1/2 coconut ~ scraped

Method :

1. Mix all the above ingredients except scraped coconut in a bowl and steam till cooked, about 30 minutes.
2. Once cooked, scoop a heaped tablespoon of the rice and place it on a piece of plastic, on top of a necafe bottle cover. This is considered to be the mould.
3. Cover the rice with the plastic and press to give it a nice shape.
4. Remove the plastic and coat with scraped coconut.
5. Serve with sugar syrup.

Note :

1. I made half the recipe and managed to get 8 pieces.
2. I didn't use a nescafe bottle but I used the ring for frying egg and I press it with a bottle cover just the size of the ring.
3. I don't have scraped coconut, so I just steamed a bit of desiccated coconut.


SUGAR SYRUP

Ingredients :

1/2 cup white sugar
1/2 cup brown sugar
1 1/2 cup water

Method :

Boil the above ingredients till slightly thick. Cool before serving.
Note : The syrup in the photo is a bit too thick. I added hot water to it. Didn't take the photo of the modified syrup, but the recipe above is the modified version.

Nota: Cara Kuzi mengembalikan ke'remajaan' desiccated coconut... Sorry Kuzi ya...mama cilok je dari page Kuzi ni....
Nyok, kuzi/kakkuzi pakai nyok yg kering tuh.. desiccated coconut. Masukkan dlm periuk + air skit + santan pekat + garam + gula skit. Masak sekejap. Ni tujuan utk mengembalikan ke'remajaan' nyok supaya jadi seperti nyok yg baru dikukur!



NIE PULAK LAKSA SARAWAK...rasanya selepas nie dah tak leh buat lg krn tak de pes nye......





DAN LAST GMBR2 LAMA IAITU GMBR PD BULAN NOVEMBER..SEMASA SALJI TURUN DGN LEBATNYA DI HELSINKI NIE...APA LG JADI JAKUN JAP..TIAP2 HARI KELUAR MAIN SALJI...NANTI CAIR TAK DE PELUANG LAGI....












[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net