cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 22-Apr-2009 08:25 Email | Share | | Bookmark
SATE AYAM

 
 
 
View all 9 photos...


Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap semuanya baik2 aje. As for me, macam biasa je, baru habis menjaga keluarga demam selsema dan last sekali diri sendiri. Kene jaga diri sendiri.....

Oh ya...Jumaat minggu lepas kita dijemput makan malam yg dianjur oleh Finnish Malaysian Association. Makan malam di adakan di Restoran Singapore tp pemiliknya orang Perak,org Malaysia. Nama restoran je tak ditukar, kita pun tak pasti kenapa??? Yang pasti makanan sedap dan menyelerakan. Sekali sekala makan masakan orang lain...

Oh ya..semalam teringin sangat nak makan sate..lamaaaaa teringin...macam mengidam lah pulak ye...isk isk....tp tak de isi apa2 pun, isi lemak je... Kita dah cuba sedaya upaya nak kuruskan badan (senaman, jaga makan dan lain2) tp tak berjaya.... sesiapa yg ada tip2 yg berkesan,boleh lah kongsi dgn kita....









SATE AYAM - resipi oleh Jun di myresipi.com...Thanks Jun....


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2 kita buat byk,tunjuk perasaan..hehehehehe....kita guna 1500gm daging ayam
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak

Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas

Bahan di sangrai dan di tumbuk:
1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
1/2 sudu teh jintan putih-disangrai

2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
1 batang serai

* * 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

Cara-cara:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam atau semalaman.
2. Cucuk ayam pada lidi sate.
3. lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg dititik semasa membakar sate.
4. bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang.

nota: Kita buat byk,4 kali ganda resipi kat atas...tunjuk perasaan..hehehehehe....kita guna 1600gm daging ayam
Gula dan garam kita bubuh ikut rasa
Kita bakar sate dlm oven menggunakan api grill..hati2 panas ok, tangan kita terbakar semalam...






AWARD DR YATT (FINLAND)http://princessharyati.blogspot.com/, THANKS SO MUCHHH....






AWARD DR AISHAH (JAPAN), THANKS SO MUCHHH....




Monday, 13-Apr-2009 12:35 Email | Share | | Bookmark
SUP UBI KENTANG

 
 
 
View all 12 photos...


Sup utk hidangan org yang kurang sihat...semua kita kat rumah nie tak lepas dr demam selsema...bila dah tukar musim nie mmg adatlah kene demam2....

Lama jugak tak berceloteh kat fp nie... entah apa penyakit yg menyerang sampai tak de mood nak update2 fp nie...nasib baik ada juga teman2 yg bertanya dan mem beri semangat ...terima kasih byk2 lah kepada teman2 yg masih sudi berkunjung ke "rumah" saya nie.....sokongan anda semua sgt dihargai....

Kali nie kita letak gmbr lama.. acara kat sekolah anak iaitu International Day . Dan kali nie ada penglibatan yg bertambah dari tahun2 sebelumnya. Gerai kita di sebelah gerai Indonesia...gerai yg canggih dgn tatahias khas dari Indonesia...cantik..bermacam2 jenis makanan dari pelbagai negara......Layan gmbr2 ok......











SUP UBI KENTANG - resipi di ambil dari rinnchan.fotopages..thanks Kak Rinn..sedappp....


Bahan-bahan:

2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread.





Saturday, 21-Mar-2009 14:36 Email | Share | | Bookmark
STEP BY STEP KUIH LAPIS & HIMOS SKI RESORT

 
 
 
View all 12 photos...



Sekarang nie memang lembap bab update fp..... kata nya sibuk sgt2 tak lah jugak cumanya lately nie kita sibuk dan lalai dgn hal lain. Selepas kemas2 rumah pagi2,duduk depan PC, mesti nak tgk TV Msia je mcm Wanita Hari Ini dan lain2...termasuklah tgk SpaQ2 pas tu kene keluar ambil si era dari daycare, keluar 2 kali sehari pagi dan tgh hari.

Lagi kene jaga makan tapi bukannya diet lerrr....cuma kurangkan xtvt membuat makanan yg manis2 seperti kek dan pastri2. Lagipun if buat pun, tak de yg menghabiskan kecuali ada gather2 gitu. Aktiviti gather2 pun dah dikurangkan buat masa nie. Entahlah...apa dah jadi dengan semangat berkumpul2 nie...dah padam rasanya....tak bersemangat lagi dah... lebih tenang bersendirian mcm org bertapa kat dalam gua....

Dibawah nie ada step by step buat kuih lapis..hari tu kat sekolah anak2, ada yg jangka kita buat kek lapis, pdhal kita kata kuih lapis....belum ada semangat lagi nak buat kek lapis..insyaallah suatu hari nanti.....














KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

150gm tepung beras
130gm tepung ubi
secubit garam
400 ml santan
300gm gula
300ml air
2-3helai daun pandan

Cara

1.Masak air dan gula bersama daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.
2.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3.Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4.Masukkan pewarna merah dlm satu bahagian adunan dan biarkan warna putih dlm satu bahagian lagi.
5.Tambahkan air dalam kedua2 adunan supaya sukatannya sama.sukatan bg satu adunan adalah 500ml.
6.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
7.Masukkan 1 senduk adunan putih (lebih kurang 100ml-150ml) dan kukus selama 5 minit.sukatan adunan bergantung kpd saiz loyang yg dipakai.
8.Lapiskan 1 senduk adunan merah dan kukus semula selama 5 minit.
9.Lapiskan adunan putih dan merah berselang seli sehingga adunan habis.
10. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.


Nie pulak gambar lama.....kita bersama dgn Nazira dan keluarga ke HIMOS SKI RESORT..200km dari Helsinki. suhu hari tu 31hb Januari 2009, sejuk sesgt sampai -17c.








Monday, 2-Mar-2009 11:45 Email | Share | | Bookmark
KEK MARBLE PISANG & DISNEY ON ICE 2009

 
 
 
View all 9 photos...



Lama jugak ku tinggalkan "rumah" ku ini....dah berdebu2 dah.... Lama jg ku menghilangkan diri ...bukan nya ada apa2 alasan cuma kemalasan yg melanda...WINTER BLUES...masak tetap masak tp tak de lah mencuba resipi yg baru...selalu masak yg simple dan cepat...

Tapi hari nie nak share resipi kat bawah nie....semoga semangat membersih "rumah" nie menjadi aktif kembali, insyaallah....

Terima kasih kepada rakan2 yg dekat dan jauh yg sudi menjenguk ke sini. Ku sangat menghargai sokongan rakan2 sekalian.






KEK MARBLE PISANG
Sumber Kek Pisang oleh Umi Kal@Auntie, resipi di copy dr Mamasya Fp. thanks.....

Ingredient:

150gm butter
1 cup caster sugar
2 eggs
1 cup mashed banana- anggaran 3-4 biji pisang
1 3/4 cups raising flour
vanilla essence
*2 tbs cocoa powder - sift


Method:

Cream butter and sugar, add eggs one at a time,
beating well between each addition, beat in mashed
banana, sift flour and fold into the mixture, pour into
prepared tray and bake at 180deg until firm.

Nota;
*kalau nak jadi kek marble pisang, bahagikan adunan kpd 2. 1/2 adunan diletakkan serbuk koko dan 1/2 warna asal. Sendukkan selang seli dgn senduk kecil ke dlm loyang.

NIE GMBR IKA, ERA & MAMA TGK DISNEY ON ICE PADA 30 JANUARI, 2009







Monday, 26-Jan-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
MEE KOLOK DAN MATKA 2009,HELSINKI

 
 
 
View all 24 photos...



Nie soalan ttg mee kolok ..sorry ya lambat balas krn kita tunggu buat mee kolok lg.
Quote:
asslmkm???boleh bg x maklumat pasal mee kolok dan dr mne asl nyee....
tlg hntar secepat mngkin yeerrrrrr........... Sun 11-Jan-2009 04:28
Posted by:maria lina_has94@yahoo.com.my



Jawapan kita ambil dr Sarawak Tourism

Quote:
Kolok Mee

Kolok Mee is a type of noodle dish commonly found in Sarawak. It is served throughout the day - for breakfast, lunch or even supper. It is made of egg noodle, blanched in water that looks like instant noodle and served in a light sauce with some condiments like shredded beef.

The difference with Kolok Mee and the Wantan Mee, that is popular in Peninsular, is that Kolok Mee is not drenched in dark soy sauce and water is not added to the noodles when served. But the taste is still pretty amazing
.










MEE KOLOK - resipi dari kakak kita di Kuching, so harap maklum tak de sukatan. Semuanya ikut rasa je....

Bahan:

Mee sanggul or mee halus warna kuning yg segera tu pun boleh
Minyak bawang putih
daun bawang
kicap cair
kicap pekat
bawang goreng
garam
aji (ikut suka)
daging rebus,sup daging
taugeh- kali nie kita terlupa bubuh

Cara2

1.Rebus mee dan toskan air.
2.Gaul kicap cair,kicap pekat,daun bawang,bawang goreng, minyak bawang putih,garam dan aji di dlm mangkuk besar dan rasakan.
3.Celurkan mee ke dlm sup sekejap dan gaulkan dgn bahan diatas di dlm mangkuk yg sama.Jgn biarkan mee tu terlalu basah ok...
4. Last kita hias dgn taugeh,daging rebus, daun bawang dan bwg goreng.
5. Mee kolok sedap dimakan dgn sup daging or sup tulang dan dgn sambal kicap cili api.

Nota: minyak bawang putih tu kita buat sendiri pun boleh....cara2nya - kupas dan hiris nipis bbp ulas bawang putih. panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih sampai kekuningan dan tutupkan api. Tuangkan minyak kedalam bwg putih goreng dan biarkan beberapa jam sehingga minyak tu ada bau bawang putih.






SUP TULANG DAGING

Bahan:

500gm-700gm daging tulang ATAU tulang daging...keliru pulak nie...
2 cm halia diketuk
1 biji bawang besar

Bahan Hiris:

1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih


1-2 sudu makan serbuk rempah sup


Rempah Tumis:

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

sedikit bawang goreng
sedikit daun bawang -di hiris
minyak masak
garam dan air secukupnya

CARA:

1. Tulang daging di bersihkan dan di rebus bersama halia,bwg besar di dalam pressure cooker hingga daging lembut ,lebih kurang 45minit.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis rempah tumis bersama
bahan hiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup dan kacau sampai garing,masukkan
air rebus daging 1 senduk dan kacau hingga rata.
4. Kemudian masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk rebusan daging tadi.
5. Masukkan garam ikut citarasa masing2.
6. Bila nak menghidang sup tulang,bolehlah tabur daun bawang hiris dan bawang goreng.







SAMBAL KICAP

Bahan:

3 batang lada merah
8 biji lada padi merah thai
1 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap lemak manis


Cara:

Blend kesemua bahan di atas dan rasalah secukupnya.



NIE PULAK MEE KOLOK YG TELAH DICAMPUR SEKALI DGN SUP TULANG...





NIE PULAK GMBR WAKTU KITA GI KE MATKA TRAVEL FAIR HELSINKI PADA 2 MINGGU LEPAS..... ( Januari 16-18,2009)














AWARD DR YATT ....THANKS YATT..pasal tag tu..if dtg rajin CT buat ok...








[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net