Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Jun-2009 07:10 Email | Share | | Bookmark
15TH WEDDING ANNIVERSARY

 


Alhamdulillah..hari nie 15 tahun ku bergelar isteri. Terima kasih Papa kerana sentiasa berada disisi di kala susah, senang lebih2 lagi ketika berada jauh dari keluarga tercinta dan tanahair. Dan tak lupa , mama amat menghargai didikan,teguran dan kesabaran papa melayan karenah mama.









Hai, tak terlambat lagi nak ucapkan Happy Anniversary. thank you pasal candlenut tu..heheh...Ohh memang nak balik Malaysia for good? Pasal suami kawan saya akan diposting ke sana.kat Malaysian Embassy jugak, wife dia(kawan sekolah saya) nama Suhainiza...dia cakap dia akan pindah ke Helsinki bulan ni la...harap2 dia ada kawan kat sana nanti. Dunia ni makin kecik yeeee.... Thu 2-Jul-2009 09:27
Posted by:Su
Happy Anniversary to both of you. May there be many more happy years of togetherness to come. Congratulations! Thu 2-Jul-2009 11:22
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Happy Anniversary semoga kasih sayang akan terus berkekalan Fri 3-Jul-2009 06:16
Posted by:~2Erina~ effara@digi.com.my  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 10-Jun-2009 06:14 Email | Share | | Bookmark
ROMBONGAN CIK KIAH KE TALLINN, ESTONIA

 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...


Oh ya...pada 30hb May, 2009 kita beramai-ramai buat lawatan ke Tallinn, Estonia. Best sgt berjalan beramai-ramai, riuh rendah. Kita berangkat dr Helsinki jam 8.30pg dan sampai di Tallinn pada pukul 10.30pg, 2 jam perjalanan naik kapal cruise tu. Maybe nie lah kali terakhir kita berpeluang ke Tallinn.

FYI, setelah setahun menunggu masa nak balik ke Malaysia akhirnya kali nie confim confirm confirm ( kene ckp byk kali krn mcm tak percaya jeee) kita dah malu nak kata balik balik balik.....

Perasaan bercampur baur.... terasa happy yg amat krn berpeluang berpuasa dan berhari raya di tanah air, dah lebih 4 tahun oooo perasaan risau pun ada, sedih pun ada...biasalah tu.....insyaallah semua berjalan dgn lancar, kita cuma mampu mengharap dan berdoa utk yang terbaik.....

Bagi anak-anak pulak, hhhhhhhmmmmmmm.....
ERA- dia ok je krn kecik lagi, seronok lah krn boleh swimming kata nye...
IKA - if dpt mmg dia tak nak balik Msia, takut katanya....lagi ada BFF kat sini..
ZAHIR - anak bujang kita biasa je..dia ok sgt krn katanya dah setahun nak balik Msia, kawan- kawan dia kat sekolah pun tertanya-tanya sama ada kali nie betul ke tidak? alhamdulillah kali nie mmg benar dan sahih.....
perkara yg sama pun terjadi dgn kita, dr tahun lepas lagi kata nak balik, tak balik2 pun... sampai ada kawan kita kat sini kata, kita mmg tak di takdirkan balik pun...sungguh menyedihkan....

Kepada kawan-kawan baik yg jauh dan dekat, doakan agar segalanya dipermudahkan bagi kita sekeluarga. Amin....


okkkk layannnn gmbr rombongan cik kiah.........











hai..

mintak izin tumpang iklan.

sesiapa yang berminat untuk membeli baju baru dan terpakai serta kuah rojak, silalah ke http://dirafclothes.blogspot.com & http://diraffood.blogspot.com. Terima kasih.
Fri 19-Jun-2009 02:33
Posted by:unnamed
meriahnya rombongan cik kiah.........mesti best kan p ramai...
ooo dah nak balik ka, bestnyaaaaaa..kira kali ni betul2 konpem lah yer,selamat pulang ke tanahair tercinta.....
Thu 25-Jun-2009 05:18
Posted by:Haniss  - [Link]
kome dah dpt PO, aku pun bz packing2 juga. manalah tau lepas ni kami plak ........he3 Sat 27-Jun-2009 16:56
Posted by:mamairina  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 3-Jun-2009 07:07 Email | Share | | Bookmark
IKAN BAWAL MASAK KARI ASAM / LINNANMAKI 2009

 
 
 
View all 12 photos...



Lama jugak tak mengupdate fp nie. Kebelakangan nie fikiran kita ada kacau sikit dan lebih melayan facebook .....

Oh ya...anak2 dah cuti sekolah (summer holiday) dan apa lagi kerja berperang /berebut pakai pc ler kat rumah nie...

Kali nie kita letak gambar2 kita ke Linnanmaki bersama keluarga Hailey, kawan Ika. Kali nie kita celebrate hari jadi Hailey utk kali terakhir kerana Hailey kene balik cepat ke Alaska utk holiday dan tak akan berjumpa dgn Ika lagi. Sedih jg tgk budak2 nie krn mereka dah lama berkawan. Insyaallah boleh beremail2 nanti tu, sekarang ada teknologi moden.


Resipi hari nie, simple...layannnnnnn.......







IKAN BAWAL MASAK KARI ASAM

Bahan-bahan :

Ikan bawal , dibersihkan
1 biji bawang besar, diblend
3 biji bawang putih, diblend
2 inci halia, diblend
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
2 tangkai daun kesom
1 tangkai bunga kantan

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bahan blend hingga naik minyak.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata.
3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
5. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
6. Perasakan dengan garam & gula.








wah..nyaman nar juak lauk kitak ya..hahah...anyway padah ngan era..friends is forever...dont worry!! Wed 3-Jun-2009 08:20
Posted by:elva (sue) vadelmia_01@yahoo.com  - [Link]
Wah sedapnye bawal kari asam ni... yummy! Fri 5-Jun-2009 10:02
Posted by:Farizan
Add comment


Sunday, 10-May-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
HAPPY MOTHER'S DAY

A very HAPPY MOTHER`S DAY TO ALL THE MOTHERS in the world.

My mom is the best mom in the world.I miss her so much....... I hope to see her soon, insyaallah......














lambat abah sampai..................hahahahah...........selamat hari ibu.............. Thu 21-May-2009 21:47
Posted by:AbahAlong  - [Link]
selamat hari ibu mamaera dah lama tak ke fp mamaera ni rindu lah Wed 27-May-2009 03:40
Posted by:putrimlm  - [Link]
lama tak menyinggah ke sini... org finland sihat ker?? anyway.. hepi belated mothers day utk cekde & happy belated besday utk zahir.. dah besar rupanya anak bujang dia... Wed 27-May-2009 09:09
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Friday, 8-May-2009 11:30 Email | Share | | Bookmark
HAPPY 14TH BIRTHDAY TO ZAHIR

 
 
 
View all 6 photos...


Hari nie hari ulangtahun ZAHIR yg ke 14...mama sayang sgt2 dgn baby boy mama yg seorg nie...dah besar panjang... Mama sentiasa mendoakan yg terbaik di dunia dan akhirat utk anak yg tercinta... semoga manjadi anak yg taat dan anak yg soleh, aminn....

Pagi2 Zahir kene tiup lilin...bagus jg krn dia lahir pukul 7.40am. Alasan yg lain pulak... si ERA dan IKA tak sabar2 nak makan ciskek. Dari semlm lagi , asyik tanya bila boleh makan... So breakfast ciskek hari nie.......

So simple cake....tak de deko2 yg hebat2 krn nak anak2 kurang minat dgn buttercream ....selamat MAMA...hehehehehehe......










Di sini kita attachkan gmbr2 proses membuat ciskek semlm....








hepi birthday zahir.. yatt suka basic cheese cake gak rish fav original kan... buat smlm mkn pagi ni tentu sah2 cheesecake tu rasa lg sedap sgt2 Fri 8-May-2009 12:25
Posted by:princessharyati  - [Link]
happy bday zahir. sedapnya pepagi makan ciskek Sat 9-May-2009 01:48
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 6-May-2009 09:16 Email | Share | | Bookmark
MARBLE CHEESE BROWNIES & BBQ PARTY (01.05.2009)

 
 
 
View all 6 photos...



Kita buat Marble Cheese Brownies utk BBQ party yg dianjurkan oleh kumpulan pelajar di Helsinki, Finland. BBQ di adakan pada 1hb May, 2009 iaitu pada hari Buruh.

Seronok sgt ...yalah makan tak habis2 ...









MARBLE CHEESE BROWNIES- resipi dr rinchan.fotopages.com

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.








lps ni nk try buat gak la...sodappp Wed 6-May-2009 15:14
Posted by:chomeldvery  - [Link]
wah glamer betui resipi marble cis bronis ni kan..seme blog ku pi dok wat bronis ni . sedap kan. memang siok kalau bbq ni coz boleh makan dan makan hehehe Thu 7-May-2009 15:40
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 22-Apr-2009 08:25 Email | Share | | Bookmark
SATE AYAM

 
 
 
View all 9 photos...


Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap semuanya baik2 aje. As for me, macam biasa je, baru habis menjaga keluarga demam selsema dan last sekali diri sendiri. Kene jaga diri sendiri.....

Oh ya...Jumaat minggu lepas kita dijemput makan malam yg dianjur oleh Finnish Malaysian Association. Makan malam di adakan di Restoran Singapore tp pemiliknya orang Perak,org Malaysia. Nama restoran je tak ditukar, kita pun tak pasti kenapa??? Yang pasti makanan sedap dan menyelerakan. Sekali sekala makan masakan orang lain...

Oh ya..semalam teringin sangat nak makan sate..lamaaaaa teringin...macam mengidam lah pulak ye...isk isk....tp tak de isi apa2 pun, isi lemak je... Kita dah cuba sedaya upaya nak kuruskan badan (senaman, jaga makan dan lain2) tp tak berjaya.... sesiapa yg ada tip2 yg berkesan,boleh lah kongsi dgn kita....









SATE AYAM - resipi oleh Jun di myresipi.com...Thanks Jun....


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2 kita buat byk,tunjuk perasaan..hehehehehe....kita guna 1500gm daging ayam
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak

Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas

Bahan di sangrai dan di tumbuk:
1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
1/2 sudu teh jintan putih-disangrai

2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
1 batang serai

* * 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

Cara-cara:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam atau semalaman.
2. Cucuk ayam pada lidi sate.
3. lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg dititik semasa membakar sate.
4. bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang.

nota: Kita buat byk,4 kali ganda resipi kat atas...tunjuk perasaan..hehehehehe....kita guna 1600gm daging ayam
Gula dan garam kita bubuh ikut rasa
Kita bakar sate dlm oven menggunakan api grill..hati2 panas ok, tangan kita terbakar semalam...






AWARD DR YATT (FINLAND)http://princessharyati.blogspot.com/, THANKS SO MUCHHH....






AWARD DR AISHAH (JAPAN), THANKS SO MUCHHH....



aduhhhh sedapnya sateee... lama tak jumpa k ct, smlm jumpa pun tak sempat borak2 sibuk nk rembat barju2 anak2 hehehe.. Sun 26-Apr-2009 05:37
Posted by:Faizah
bila lg nak lepak mcm tu ek?best gak skali skala dgn kengkawan,santai......... Thu 30-Apr-2009 20:19
Posted by:amy emmi_chua@yahoo.com
ehh...buleh dapat ke lengkuas,asam jawa ngan kunyit idup kat sana? pasai mak mentua saya suka makan sate, dah bagi resepi, tapi mana nak cari bahan? huhu

btw, buah keras cakap omputih apa eh? bagi resepi tapi tak reti nak translate..
Tue 9-Jun-2009 06:06
Posted by:su  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 13-Apr-2009 12:35 Email | Share | | Bookmark
SUP UBI KENTANG

 
 
 
View all 12 photos...


Sup utk hidangan org yang kurang sihat...semua kita kat rumah nie tak lepas dr demam selsema...bila dah tukar musim nie mmg adatlah kene demam2....

Lama jugak tak berceloteh kat fp nie... entah apa penyakit yg menyerang sampai tak de mood nak update2 fp nie...nasib baik ada juga teman2 yg bertanya dan mem beri semangat ...terima kasih byk2 lah kepada teman2 yg masih sudi berkunjung ke "rumah" saya nie.....sokongan anda semua sgt dihargai....

Kali nie kita letak gmbr lama.. acara kat sekolah anak iaitu International Day . Dan kali nie ada penglibatan yg bertambah dari tahun2 sebelumnya. Gerai kita di sebelah gerai Indonesia...gerai yg canggih dgn tatahias khas dari Indonesia...cantik..bermacam2 jenis makanan dari pelbagai negara......Layan gmbr2 ok......











SUP UBI KENTANG - resipi di ambil dari rinnchan.fotopages..thanks Kak Rinn..sedappp....


Bahan-bahan:

2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread.




salam sedapnye supp.. jom singgah blog ada VARIASI TEPUNG KEK pada HARGA YANG AMAT MURAH.. Sun 19-Apr-2009 23:23
Posted by:D'Qis Online  - [Link]
horeeee..tengkiu2...dah buat pon potato soup ni..hbby n doter mmg suka..thanx rinnchan n cek de.... Mon 20-Apr-2009 05:15
Posted by:jun  - [Link]
Enak berkrim! Mon 20-Apr-2009 08:40
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Saturday, 21-Mar-2009 14:36 Email | Share | | Bookmark
STEP BY STEP KUIH LAPIS & HIMOS SKI RESORT

 
 
 
View all 12 photos...



Sekarang nie memang lembap bab update fp..... kata nya sibuk sgt2 tak lah jugak cumanya lately nie kita sibuk dan lalai dgn hal lain. Selepas kemas2 rumah pagi2,duduk depan PC, mesti nak tgk TV Msia je mcm Wanita Hari Ini dan lain2...termasuklah tgk SpaQ2 pas tu kene keluar ambil si era dari daycare, keluar 2 kali sehari pagi dan tgh hari.

Lagi kene jaga makan tapi bukannya diet lerrr....cuma kurangkan xtvt membuat makanan yg manis2 seperti kek dan pastri2. Lagipun if buat pun, tak de yg menghabiskan kecuali ada gather2 gitu. Aktiviti gather2 pun dah dikurangkan buat masa nie. Entahlah...apa dah jadi dengan semangat berkumpul2 nie...dah padam rasanya....tak bersemangat lagi dah... lebih tenang bersendirian mcm org bertapa kat dalam gua....

Dibawah nie ada step by step buat kuih lapis..hari tu kat sekolah anak2, ada yg jangka kita buat kek lapis, pdhal kita kata kuih lapis....belum ada semangat lagi nak buat kek lapis..insyaallah suatu hari nanti.....














KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

150gm tepung beras
130gm tepung ubi
secubit garam
400 ml santan
300gm gula
300ml air
2-3helai daun pandan

Cara

1.Masak air dan gula bersama daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.
2.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3.Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4.Masukkan pewarna merah dlm satu bahagian adunan dan biarkan warna putih dlm satu bahagian lagi.
5.Tambahkan air dalam kedua2 adunan supaya sukatannya sama.sukatan bg satu adunan adalah 500ml.
6.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
7.Masukkan 1 senduk adunan putih (lebih kurang 100ml-150ml) dan kukus selama 5 minit.sukatan adunan bergantung kpd saiz loyang yg dipakai.
8.Lapiskan 1 senduk adunan merah dan kukus semula selama 5 minit.
9.Lapiskan adunan putih dan merah berselang seli sehingga adunan habis.
10. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.


Nie pulak gambar lama.....kita bersama dgn Nazira dan keluarga ke HIMOS SKI RESORT..200km dari Helsinki. suhu hari tu 31hb Januari 2009, sejuk sesgt sampai -17c.







salam....

rempah cap bunga rose - pelbagai masakan

= gulai n.dagang, gulai kawah, gulai ayam

rempah gulai n.minyak terenggannu

rempah kerutup

rempah nasi bukhari

ikan kering layur dan ikan kering nipis

keropok jari ikan tambang

keropok keping ikan tamban

popia holicks

EXAMO

COSWAY

http://www.wanitamelayu.com/forum/fo...lay.php?f=1307


http://damiacollection.blogspot.com
Sat 4-Apr-2009 15:25
Posted by:deana911
seang juga ye nak buat kueh lapis ni ingatkan susah ,,,, nak try lah kalau cam ni Wed 8-Apr-2009 03:50
Posted by:putrimlm  - [Link]
salam,sedia menerima tempahan jahitan manik labuci
http://nicebucci.blogspot.com
Sun 7-Jun-2009 14:32
Posted by:nicebucci  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Monday, 2-Mar-2009 11:45 Email | Share | | Bookmark
KEK MARBLE PISANG & DISNEY ON ICE 2009

 
 
 
View all 9 photos...



Lama jugak ku tinggalkan "rumah" ku ini....dah berdebu2 dah.... Lama jg ku menghilangkan diri ...bukan nya ada apa2 alasan cuma kemalasan yg melanda...WINTER BLUES...masak tetap masak tp tak de lah mencuba resipi yg baru...selalu masak yg simple dan cepat...

Tapi hari nie nak share resipi kat bawah nie....semoga semangat membersih "rumah" nie menjadi aktif kembali, insyaallah....

Terima kasih kepada rakan2 yg dekat dan jauh yg sudi menjenguk ke sini. Ku sangat menghargai sokongan rakan2 sekalian.






KEK MARBLE PISANG
Sumber Kek Pisang oleh Umi Kal@Auntie, resipi di copy dr Mamasya Fp. thanks.....

Ingredient:

150gm butter
1 cup caster sugar
2 eggs
1 cup mashed banana- anggaran 3-4 biji pisang
1 3/4 cups raising flour
vanilla essence
*2 tbs cocoa powder - sift


Method:

Cream butter and sugar, add eggs one at a time,
beating well between each addition, beat in mashed
banana, sift flour and fold into the mixture, pour into
prepared tray and bake at 180deg until firm.

Nota;
*kalau nak jadi kek marble pisang, bahagikan adunan kpd 2. 1/2 adunan diletakkan serbuk koko dan 1/2 warna asal. Sendukkan selang seli dgn senduk kecil ke dlm loyang.

NIE GMBR IKA, ERA & MAMA TGK DISNEY ON ICE PADA 30 JANUARI, 2009






salam..sejuknya tenguk salji ni..kat sini dah ada pertunjukkan disney on ice..tapi mahal giler..tak berani nak beli tiket.. Tue 17-Mar-2009 22:17
Posted by:kak ina kl  - [Link]
Salam Cek betapa lama cek tak update, FP ini begitu juga lamanya tak singgah ke rumah cek ini, namun walaupun kita jauh kau tetap pujaanku walaupun bersawang pun rumah Sat 21-Mar-2009 00:26
Posted by:Mis's Creativecakes misscreativecake@yahoo.com  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Wed 3-Jun-2009 08:18
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 13 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.